Wednesday, July 27, 2016

SAYA TAK SUKA DIPAKSA MAKAN!!!

Petang semalam, aku disua dengan sejenis makanan oleh seorang kakak di pejabat.

Kak Z : Adik, awak nak rasa kuih ni?
Aku : Kuih apa tu?
Kak Z : akak pun xtau. Awak rasa la dulu
Aku : (tengok kuih tu) Takpe lah kak. Saya xnak
Kak Z : xpe, akak rasa sikit dulu pastu awak rasa tau
Aku : saya xnak!
Kak Z : belum rasa dah xnak? Sedap ni (sambil makan sedikit)
Aku : saya xnak
Kak Z: awak rasa dulu. Kalau awak makan jadi apa? Nanti awak luah balik?
Aku : kalau saya xnak, saya xkan makan. Tu je
Kak Z : kalau awak makan jugak? (sambil sua ke mulut aku)
Aku : TAK!! Saya memang xkan makan apa yg saya xnak makan.
Kak Z: Kalau awak makan jugak jadi ape?
Aku : Saya xkan makan!! (terus hadap PC buat kerja)

Maaf lah kak, saya memang xkan makan apa yg bukan kena dengan selera saya. Kalau saya nak, saya makan, kalau saya xnak, memang saya xkan makan. Kalau bau pun saya dah x berkenan, saya memang xkan telan makanan tu.

Nak kata saya cerewet pasal makan, kata laaa. Perut saya bukan perut akak. Tekak saya bukan tekak akak. Sedap pada akak x bermakna sedap juga pada saya. Saya pun tak faham sangat kenapa seboleh mungkin orang nak paksa saya makan apa yg orang makan. Terutama sekali akak2 dekat dalam pejabat ni.


Mak saya yg dah jaga saya dari kecik tau perangai saya. Mak saya pun x pernah nak tala je makanan kalau saya xnak makan. Mak saya dah bela saya lebih 20 tahun. Memang memerlukan kesabaran yg sangat tinggi untuk suruh saya makan sebab saya bukan jenis telan je apa yg ada depan mata. 

Tuesday, July 26, 2016

Pengalaman : Pembayaran bil melalui MyBSN

Buat pertama kalinya semalam aku guna myBSN untuk bayar bil bulanan. Sebelum ni aku guna M2U je untuk bayar segala bil bulanan. Disebabkan pertambahan pembayaran ansuran bulanan kereta mulai bulan ni melalui Auto-Debit dari akaun M2U aku, segala bil akan dibayar melalui akaun myBSN En Suami.

Sejujurnya aku ingatkan servis MyBSN ni sepantas M2U, akan tetapi ianya tidak seperti itu. Servis MyBSN agak perlahan berbanding M2U. Ianya mengambil masa dalam 3 HARI BEKERJA.

Kenapa lambat sangat? Aku pun xtahu la kenapa sebegitu lambat dan perlahannya servis mereka itu. Ini adalah kali pertama dan terakhir aku menggunakan perkhidmatan online MyBSN ni. Jadi, aku sangat tidak rekemen sesiapa pun untuk buat pembayaran melalui MyBSN.

Aku lebih rela beratur panjang dan di kena cas perkhidmatan dekat pejabat pos daripada menunggu 3 hari bekerja. STRESSSS MAK JEMAH TAUUUU!!!



*Mulai bulan Ogos 2016, Mak Jemah akan pergi BSN keluarkan duit pastu masukkan duit dalam akaun MAYBANK untuk buat segala pembayaran bil. Takmo la Mak Jemah guna interbank GIRO. Mak Jemah takut bape hari bekerja pulak la baru dapat. huhuhu
aku xtau pulak kalau makan pun nak kena paksa.
walhal makan bayar sendiri kot
aku rasa sangat membazir bayar mahal utk makan secoet je
kalau aku jenis yg makan banyak2 xpe la jugak

memang la org kata gi makan je
tapi kalau xnak bayar mahal, tu pilihan sendiri kn
RM35/pax aku boleh buat belanja utk 3hari

jamuan raya Corp Actg 2016 memang aku xnak join pun
xtau la plak yg lain pun xnak jugak
biar la org nak kata apa pun
duit aku, aku yg uruskan

in case of emergency, bukan org yg dok bercakap tu nak tanggung nanti
diri sendiri kannnn