Wednesday, June 29, 2016

Terima kasih kawan

Kerana salah faham wujudnya sengketa
Kerana salah faham wujudnya jarak antara kita
Kerana salah faham tiada lagi kemesraan antara kita

Maafkan aku kawan andai aku mengguris hatimu
Maafkan aku kawan andai aku penyebab kau menjauhkan dirimu
Maafkan aku kawan andai kau terluka kerana aku

Rahsiamu selamat denganku
Tiada siapapun yg tahu
Kerana soalan yg hampir tepat
Kau mengata aku membongkar rahsiamu

Memang aku suka bercerita
Memang aku suka bercakap
Tetapi kau menyuruh aku menyimpan rahsia besarmu
Aku akur dengan arahan itu
Masih selamat lagi rahsiamu itu
Walaupun kau tidak lagi mahu menegurku

Terima kasih sudi meminjam bicara
Terima kasih sudi meluangkan masa
Terima kasih atas segalanya
Kau akan kekal menjadi sahabatku
Walaupun kini aku menjadi musuhmu
Tidak terlintas untukku menjauhkan diri
Tetapi demimu aku membawa diri



Thursday, June 9, 2016

Aqiqah

Kenduri Aqiqah?

Bagi aku x buat pun xpe. TAPI bukan la x buat langsung. Aku lebih rela bayar duit dekat EZQurban daripada buat kenduri Aqiqah dekat rumah.
Well, aku ni bukan jenis yg suka nak renyah2. Pada aku better buat dekat EZQurban sebab mereka ni adalah team yg dipercayai.
Tempat yg menjadi pilihan pun bukan sembarangan. Lokasi yg sangat memerlukan bantuan makanan dan insyaAllah tidak akan membazir walaupun secebis daging.
Lokasi yg menjadi pilihan adalah di negara-negara yang umat Islam di Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Rohignya, India dan Filipina.

Harga? Refer je dekat laman web EZQurban tu.
Biase la mak mak mesti nak suruh buat kenduri aqiqah ni sekali dengan cukur jambul.
Dah jadi trend skrg ni majlis cukur jambul siap dgn mini pelamin + goodies bag.
Pendirian aku, hari ke 7 bayi dilahirkan cukur je rambutnya & terus bagi nama.
Tak perlu la nak majlis yg belum tentu nanti setiap org yg datang tu akan menghargai makanan.
Ye, faham. Niat kita nak bagi org makan.
Tapi, bukan semua org akan menghargai setiap inci makanan itu.

Harus diingat ye, tulang2 kambing yg diaqiqahkan itu haruslah diurus dengan sempurna.
Majlis cukur jambul juga harus dielakkan perkara bidaah.
Perlu tahu bezakan antara adat & syariat. Adat org melayu ni banyak bertentangan dengan Agama.
Betul ke tidak tindakan kita itu, perlu rujuk pada yg pakar.
Jumpa dan rujuk lah pada ustaz di masjid, jangan cari ‘ustaz’ dalam FACEBOOK.

Ok, itu saje nak bebel. Sekian


Monday, June 6, 2016

Jangan Jadi LALAT

Lalat & langau ni sejenis makhluk yg hinggap di mana2 sahaja. Tanpa mengira bau, warna dan rasa.
Ia sama juga seperti manusia yg bujang memikat suami/isteri orang tanpa mengenal erti dosa.
Spesis perosak rumah tangga ni aku kategorikan sebagai lalat & langau.
Sepertimana lalat yg membawa penyakit dengan membawa bakteria bersamanya, manusia yg seperti lalat ini memecah belahkan hubungan antara suami isteri.
Memang benar, jodoh tu ketentuan Allah
Seeloknya, bila kita dah tahu status seseorang itu adalah hak milik orang lain, maka berundurlah demi menjaga hati pasangan tersebut
Bukan menghinggap seperti lalat dengan membawa ‘penyakit’ dalam rumah tangga

Manusia jenis ‘lalat’ ini aku kategorikan sebagai makhluk perosak sama seperti lalat
Semoga Allah menjauhkan makhluk perosak ini dalam rumah tangga kita
Janganlah jadi seperti lalat
Kehadirannya amat dibenci orang

Dihalau tetapi tetap juga mahu kekal disitu

Thursday, June 2, 2016

Restoran Wadi Ar-Raudhah, Seremban

Assalamualaikum. Kali ni nak story pasal Restoran Steamboat & Grill yg insyaAllah halal di Seremban. Harga untuk steamboat ni tidak lah mahal, malah berbaloi untuk org yg sukakan seafood macam aku.
Sebenarnya, sabtu lepas (28 May 2016) dah sampai sana & dah cuba. Disebabkan keadaan diri yg penat + letih + lapar + bateri fon flat, makanya tiada lah gambar yg sempat di’snap’. Untuk kepuasan sendiri, silalah ke sana dan alami keenakan steamboat & grill murah tu.

Harga? Dewasa RM 25, kanak-kanak (5-12 tahun) RM14. Murah kan?
Harga berbaloi lah juga. Tak lah mahal pada aku sebab makan la byk mana yg nak. Makan sampai kenyang.

Keistimewaan dekat restoran ni  adalah nasi goreng, mee goreng, bihun goreng turut disediakan. Yelah, bukan semua orang boleh telan camtu je seafood ni. Ada yg nak sekali dengan nasi. Ikut tekak masing2.
Kalau rasa muak sket, makan la aiskrim. Amik la byk mana pun, tambah la berapa kali pun, tade hal punye. Abis makan jgn lupe bayo.
Aiskrim ni bukan takat budak je yg suka, mak bapak pun suka jugak kan. Hahaha

Parking? X perlu risau tempat parking penuh, parking je tepi jalan berhampiran dengan restoran.

Pesanan penting, sila buat tempahan awal untuk mengelakkan tiada tempat kosong. Kebiasaannya, waktu hujung minggu selalu penuh. Tempahan awal amatlah digalakkan agar tidak mengecewakan perut anda. Kih kih kih

Gambar berkaitan makanan, sila refer pada blog INI. Thanks uolls

Hal makan

Makan

Bab makan memang aku memilih
X semua org boleh makan semua benda
Citarasa kita berbeza
Citarasa kita x sama
Rambut sama hitam hati lain2

Perut aku, tekak aku
X sama dgn org lain
Perut kita x sama
Ada yg suka pedas, ada yg x tahan pedas
Ada yg suka lebih garam gula, ada yg mengawalnya

Bukan semua org makan apa yg kita makan
Perut aku bukan jenis yg tahan pedas
Tekak aku bukan semua boleh hadam
Memang lah org kata tu semua dekat minda kita
Sebab dah set cmtu, cmtu la jadinye
Pada aku, kalau aku paksa makan nanti muntah balik
Itu je pilihan yg ada
Walau aku set minda untuk telan sahaja

Bukan aku memilih
Bukan aku xnak terima segala makanan
Memang aku bukan jenis yg makan segalan benda yg org lain makan
Kita berbeza
Tak sama semuanya


Wednesday, June 1, 2016

Perencah Wajib Ada

Rempah Asam Pedas Adabi -
tambahkan bunga kantan &
daun limau
Assalamualaikum.

Kali ni nak story pasal perencah segera. Perencah segera yg  wajib ada dekat rumah seperti dalam gambar di bawah.

Kuib Pati Ayam Adabi -
tambahkan 1 kiub dalam bubur

Lumur je kat ikan lepas tu bakar
guna 2 paket utk skali masak baru sedap



Tom Yam putih ni lg sedap























Untuk orang yg malas + nak cepat mcm aku ni, memang segala rempah sedia kt rumah tu. Ikut je arahan dekat belakang pek tu, settle semua masalah.

Lepas makan, boleh la teruskan aktiviti rutin harian dekat rumah tu. Siap semua boleh la tidur dengan lena. 

tambah sahaja dalam masakan
Bukan sahaja menjimatkan masa, malah menjimatkan tenaga juga cuma duit je la yg x berapa nak jimat. Paling penting perut kenyang, harga letak tepi je lah. So that you can spend time with your family more faster than usual.
sedia utk dimakan

I really recommend this to those who want to save their time while cooking. Most of us will do multitasking job while waiting for the dishes. Same goes to me but I'm lucky to have a husband who willing to help me in cleaning our home. I can rely to him for this.










Pernikahan Cik Cinderella

❝Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye... erk... maaf mak cik... erk akak! Hehe.❞ 
Terkocoh² dia meloloskan dirinya di celah² orang yg sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat mahu kena ban friendship mereka selama 15 tahun tu! 
Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dlm yg tengah bersiap. Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara family sahaja. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah sahaja. 
Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih² dia memandang keayuan wajah pengantin pada hari ini. Penat berbaur dgn perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam! 
❝Anisa, sorrylah tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu,❞ Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu. 
❝Aku saja je nak merajuk dgn ko. Aku faham,❞ Anisa segera merapati Nady, mereka bersalaman & berpelukan. Dlm setahun juga mereka tak berjumpa. Sibuk dgn tanggungjawab & karier masing². 
❝Ko sorang je? Mana mak andam?❞ tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih & gold. Memang dewi kayangan sangat. 
❝Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je.❞ 
❝Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi,❞ sampuk Nady. 
❝Tabarruj kan tu?❞ Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu.
❝Sebenarnya, tak baik bersolek lebih² & berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah² dlm perkahwinan pun, tak digalakkan dlm Islam, betul tak Nady?❞ 
❝Er... tabarruj... betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh?❞ Nady memandang wajah mulus Anisa. 
Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dgn kelembutan semula jadi dlm dirinya. Tak make up tebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang. Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss & bedak di pipi supaya nampak lebih segar. Anisa tersenyum lagi. Ai, memang murah betul dgn senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? getus hati kecil Nady. 
❝Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kami ni dirahmati Allah & live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma utk makan² nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun utk korang bergambar,❞ jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yg berwarna cream itu. 
Simple sangat! Cuma baju kurungnya jenis embroidery tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil berwarna keemasan perak di atas kepalanya utk memberi sedikit kelainan. 
❝Eh, tak de makan beradab & photoshoot ke?❞ Nady mengetap bibirnya. Takkan sempoi sangat! Tak bestlah beb. 
❝Makan beradab...ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar utk kenang²an aje. Memang plan dgn Zafran nak buat sederhana je,❞ tambah Anisa. Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak ada, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yg diupah. Jaranglah kalau photographer perempuan tu.  Eh, memang tak ada kot sepanjang aku pergi wedding kawan² lain. Semuanya photographer lelaki yg shoot gambar. 
❝Nisa, meh aku tolong pinkan veil ko ni. Macam senget sikit,❞ pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial² cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veilnya tidak jatuh nanti. 
❝Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambil gambar wedding oleh photographer lelaki. Actually nak ambil gambar utk simpanan diri, dibolehkan. Kalau utk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi² pasangan tu sangat mesra, berpelukan & segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yg duduk atas riba suami, meniarap sama², lepas tu yg shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan & terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu utk selamat, aku ambil photographer perempuan. Lagi pun, pilihan utk hire photographer perempuan tu ada, & bergambar bukanlah suatu yg wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki,❞ cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir.  
❝Aku kongsi apa yg aku tahu, Nady. Harap kau faham.❞ 
❝Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yg ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dlm perkahwinan ko,❞ jawab Nady dgn perlahan. Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer. 
❝Dah okay ke veil aku tu?❞ tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias. 
❝Veil ko dah kemas dah.❞ 
❝Terima kasih. Cantik ko buat,❞ puji Anisa sambil mencubit pipi Nady.  
❝Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, insyaAllah.❞ Nady mencebik. Uish, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan² dapat membaca isi hatinya. 
❝Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple & honestly takdelah macam raja sehari tapi masih nampak meriah dgn sanak saudara ko yg happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple! Memang cut cost abes ek?❞ usik Nady sambil tergelak. 
❝Amboi mulut. Aha kitorang tengah budgetlah juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek.❞

Tok! Tok! 
❝Siapa?❞ tanya Anisa. 
❝Abang ni.❞ Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun utk membuka pintu utk suaminya. 
❝Sorry kacau Nisa dgn kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab,❞ ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan'. Nady menganggukkan kepalanya. 
❝Oh cepatnya. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dgn kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa since sekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady.❞
❝Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa utk saya,❞ ucap Zafran Zaki sambil tersenyum. 
❝Err waalaikumussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot,❞ balas Nady. Gagap kejap dia mendengar salam drpd suami Anisa ni. Fuh, tawaduk habis gaya! 
❝Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kita orang keluar ek,❞ Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kpd isterinya. Kemudian, dia beredar keluar. 
❝Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke?❞ soal Nady. Macam habis pelik wedding ini! Itu & ini tak ada! Eh, jaga ayat ko. Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup utk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allah Maha Mengetahui segalanya. 
❝Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karaoke ke apa,❞ ujar Anisa, merendah diri. 
❝Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam...wow. Ko betul² buat apa yg ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati & diredhai Allah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yg betul² ikhlas, kan?❞ kata Nady sambil memegang bahu Anisa. 
Hatinya cukup tersentuh dgn kata² sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock man! Mungkin tahap pendedahannya dlm ilmu agama sangat nipis. Ada certain benda yg Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu. 
❝Terima kasih ko share dgn aku....ilmu yg bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding.❞ 
❝Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku & Zafran utk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur.❞ 
❝Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak.❞ Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari! 
❝Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasi putih utk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak.❞ Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang krn sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu. Anisa, ku doakan kau bahagia!  


Credit to I ♥ ISLAM