Tuesday, May 31, 2016

Potluck with VDlicious

Assalamualaikum.

Sebelum menyambut Ramadan al-Mubarak yg tinggal x kurang lagi 7 hari ni, kakak2 dekat opis ni pun dengan rajinnye nak buat potluck. Decide buat potluck ni minggu lepas lagi. So, aku ni selaku org yg x berapa nak rajin, aku ckp je la nnt aku buat kek coklat @ kek batik. Tu je yg aku rasa paling rajin + gigih aku nak buat di hujung minggu. Sudahnye, hujung mggu tu jadi hari yg aku xde masa free pun nak masak utk potluck tu.

Sabtu pagi pergi pasar, tghari beli brg dapur, pastu g KLIA, malam family dinner dekat Seremban. Ahad pulak En Suami nak balik kg. Balik hari je katanya, biase dia mesti akan gerak balik lepas maghrib. Aritu boleh plak dalam pukul 9 lebih baru nak gerak balik. Disebabkan sebelum maghrib tu masih lagi dekat Pengkalan Balak tengok abg dia merangkap abg ipar aku memancing, sambil menunggu nak balik tu, saje je la scroll FB sambil kepala dok piker cmne la nk buat kek tu. Sekali Nampak pulak iklan promo VDlicious. Laju je la tangan ni mengorder combo A.

Agak lambat jugak la dia reply, tapi aku pasrah je la. Dalam kepala ni fikir bawak je la kek lapis Sarawak yg En Suami bawak balik Jumaat lepas. Dalam pukul 8 lebih baru Fiza reply tapi malangnya aku perasan 9 lebih sebabnya masuk kereta terus capai fon. Laju je aku reply tapi malangnya sampai ke malam takde jugak respon. Skali lagi aku pasrah je la, kalau ade rezeki, ade la. Aku faham mungkin kesibukan dia membakar setiap order dari pelanggan tak sempat nak balas WA.

30 Mei 2016 pun muncul tiba, 8 pg baru la Fiza reply tanya nak delivery pukul berapa. Malangnya aku bukan jenis yg on data waktu pagi, slm stgh jam lepas tu baru aku reply. Dah deal dgn dia, confirm order & bayar, aku pun tunggu je la delivery dari The Baking Couple ni. Alhamdulillah bila sampai je kek tu dekat ofis ni, dalam 5 minit je clear Nutella Cheese Tart & Fudgy Brownies tu. Memang aku sendiri puji akan kesedapan kek ni. Orang dah biasa buat + expert, main campak2 je la. Kalau aku yg buat, alamatnye ke laut la memang akan jadi berjam2 nak siap 2 jenis tu. Hahahaha


Harini, ada kakak senior tanya kalau nak order tart tu sahaja boleh ke x. Aku la yg jadi tukang tanya sebab aku yg pernah deal dengan team VDlicious ni. InsyaAllah, ade rezeki nanti boleh order lagi. Sememangnya tidak rugi, super sedap dan puas hati. Cuba dulu baru tau, x cuba xtau kan. hohoho

Thursday, May 26, 2016

I Love Online Shopping

I’m online shopper!!! Yes, exactly that’s what I am. I’m addicted to online shopping since few years ago. I don’t like to walk in few shops just to find a suitable dress/blouse/Jubah for me. I know it’s very difficult to find one that can fulfill my criteria. Since I was a tall and skinny person (I know who I am), it’s hard to find my size with affordable price.

Since that, I’ve decided to just online shopping to save my time. My husband also know that her beloved wife loved to online shopping rather than walk in boutique. I would buy from different shop. I won’t buy from the same shop because I like to compare the quality and prices. Usually, I would find a few and showed to my husband. He would pick the one that he think suit to her wife.

For this coming Hari Raya (most of us think it’s too early to buy), but for me this is suitable time for me to buy so I can have time to buy shawl/scarf to match with my dress. Furthermore, during fasting day I prefer to spend my time at home. Recite Quran and rest are the greatest moment for me. Instead of spending time looking for Baju Raya, walk from one boutique to another, better just stay at home.


Since we don’t have a kids, so we can spend our money for us (just for the time being). I don’t really care about what others would think. I just think of myself, and my husband. I do what I loved to do and I won’t do what others loved to but I don’t loved to. I won’t bother what other people would think about me because that’s what I am. I know people would think that I overspend to myself, but for me it’s a therapy for myself. I love to see all been hanging with various colour and style. 

Wednesday, May 25, 2016

Kadang rasa nak gelak ada, nak marah pun ada jugak. Benda senang tapi memerlukan bantuan orang lain. Kerja yg sangat senang, boleh buat sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain. Hanya tekan dah siap! Printing pun hang nak suruh cheq buat ka? Ayoyo

Lagi 1 kerja copy n paste pun nak suruh cheq jugak. Kerja yang budak 4 tahun pun pandai buat. Itu pun nak bagi cheq jugak buat padahal bukan dia bz pun. Bz body ade lerrr. Dah bagi aku buat kerja copy paste tu, slamber badak je dia angkat fon dok cong ceng cong ceng. Eh eh eh, sakit pulak hati kiter ni.

Benda ni bukan baru pun. Dari cheq dok kerja kat sini lagi dah kena buat kerja paling simple yang budak kecik celik IT tu pun pandai. Sebenaqnya depa ni bukan x reti nak buat, depa malas sebab kerja tu renyah. Tu senang main tunjuk je kena buat apa. Yelah, pangkat lagi tinggi dari kita kan. Boleh lah main suruh je kan. Ni lah diskriminasi namanya.

Adobe Reader yg mmg dah install hanya basic pun dia aci redah je ingat tu premium bole edit bagai. Hekeleh!! Nampak sangat la guna Adobe tu takat untuk bukak PDF je kan lepastu pass je kat orang lain suruh buat apa. Tak pun x pernah bukak pun Adobe tu. Tu yg x pernah tau Adobe tu boleh edit ke x kan. Payah dapat orang yg cmni. Tau tunjuk kat orang je, x pernah tau nak buat camna. Taunye tengok dalam kertas yg dah siap print je. Alasan mata penat tengok PC lama2.

Dah tu orang suruhan hang tu x ngadap PC ke? Ngadap tepon je ke buat keje tu? Haishhh!! Sabo je lerrrr

Penyalahgunaan Laluan Kecemasan

Assalamualaikum

Pertama sekali aku nak ucapkan takziah pada keluarga mangsa kemalangan Ahad lepas (22 Mei 2016) di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Simpang Ampat tu. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pergi. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah. Janganlah kita terus menyalahkan sesiapa kerana ajal kita telah ditetapkan sejak kita dalam kandungan ibu lagi. Andai sudah tiba masanya, tidak akan lambat atau cepat walaupun sesaat seketika.

Keduanya, aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pengguna laluan kecemasan pada hari tersebut. Tahniah sebab anda berjaya merampas nyawa orang lain. Semoga perbuatan itu mendapat balasan yang setimpal kelak untuk dijadikan pengajaran kepada anda semua yang terlalu bijak menggunakan laluan kecemasan hanya untuk melepaskan diri dari kesesakan lalu lintas itu.

Ketiga, aku nak habaq sket ni pasal emergency line yang ampa dok salah guna tu. Ampa tau dak apa sebenaqnya fungsi emergency line tu? Dah nama pun emergency guna hanya bila saat, detik dan waktu kecemasan sahaja. Bukan ikut tekak ampa nak pi lalu situ sebab nak elak kesesakan lalu lintas. Memang rakyat Malaysia ni suka melangggar undang2. Dah menjadi kebiasaan dah setiap kali nampak lampu break bertindan kat depan, mesti nak potong ikut emergency line.


Bukan sahaja di lebuhraya, malah, di jalan biasa juga sama. Sudah menjadi kebiasaan dan kelakuan rakyat Malaysia untuk menggunakan laluan kecemasan tidak kira masa. Tabiat ini perlu dikekang daripada berterusan, tetapi ianya bergantung atas kesedaran diri sendiri. Kita tidak tahu bagaimana nasib kita kelak kan? Renung2kanlah

Saturday, May 21, 2016

Eye-Riz Optometry

Assalamualaikum.

Eye-Riz Optometry merupakan sebuah syarikat Bumiputera graduan UKM kalau tak salah aku. Disebabkan hak milik bumiputera ni la yg aku memang support sangat. Setakat ni dah 2 kali aku buat spek kat situ. Alhamdulillah sangat selesa dengan cermin mata dari kedai ni. Tambahan lagi layanan mesra dari pekerja di sana memang buat aku terpikat la.

Staff yg peramah dah macam ahli keluarga sendiri dah rasanya. Eye-Riz ni banyak cawangannya. Cawangan yg berhampiran dengan aku ni Pekan Sg Besi la mana lagi kan. Pagi tadi baru je tukar nose pad yg baru sebab yg lama tu dah berkulat + berminyak tah camna tah nak describe. Kebetulan pulak kain lap spek dah hilang, beli skali la kain tu.

Bulan 12 tahun lepas aku ada beli lens dari kedai ni. So, tadi akak tu tanya la camna pengalaman aku guna lens tu. Sebab segala sejarah pembelian memang ada dalam rekod dorg ni jadinya senang la. Since aku ni ada rabun silau sekali, aku memang sangat tak digalakkan pakai lens. Lens memang xde backup untuk rabun silau. Takat rabun jauh/dekat tu boleh la cover.

Aku beli lens tu pun untuk majlis resepsi sepupu aku. Saje je la nak cantikkan diri hari tu. Bukan setiap hari pun nak jadi cantik tu. Cantik sehari tu pun lepas mendapat kebenaran dari En Suami. Alhamdulillah En Suami pun puji cantik dan dia pun suka tengok aku cantik. Yelah, isteri dia bukan jenis nak melaram pun. Kalau datang gatal tu je la yg tetiba nak melawa dalam rumah. Just for my lovely husband.

Ok, back to story. Kedai Eye-Riz ni menawarkan harga berpatutan. Layanan dan servis lepas jualan pun turut disediakan. Ada masa tu saje je aku pergi kedai tu bersihkan spek yg kotor ni. Alhamdulillah staff memang akan buat punya tanpa caj perkhidmatan. Highly recommended!!

Thursday, May 19, 2016

Cinta Monyet

Bila terkenang semula zaman cinta monyet ni, rasa kelakar sangat. Yela, muda lagi nak bercinta kan. Cinta tu apemende pun xtau masa tu. Tapi tu la, saje buat kenangan zaman kanak2 dulu. Sangat tak matang la kau Puan Cahaya!! Hei!! Kalau matang idok ler namanye cinta monyet. Adehhhhhh

Beza cinta monyet dengan cinta remaja ni lain sangat. Cinta monyet ni bercinta dengan monyet2 di hutan rimba :p
Hahaha, ok gurau je. Cinta monyet ni cinta mainan je pada aku. Cinta yg sekadar suka2 tanpa perasaan apa2 pun. Cinta zaman sekolah yg hanya 1 pemberi semangat dan kekuatan untuk belajar dan Berjaya. Lebih kurang persaingan yg sihat la untuk zaman persekolahan.

Alhamdulillah, kini dia berbahagia dengan pasangan pilihannya, dan aku bahagia dengan pasangan pilihan aku. Tiada sengketa mahupun dendam antara kami. Cuma agak terkilan juga aku sebab aku ni tak dijemput ke majlis perkahwinannya.

Sebagai balasan, aku pun tak teringat nak jemput dia di majlis perkahwinan aku walaupun dalam hati nak jemput dia dan isterinya ke majlis perkahwinan aku. Cuma pada birthday aku tahun lepas dia add semula facebook aku setelah sekian lamanya aku unfriend dengan dia dekat facebook tu. Hohohoho


Tapi tu semua cerita lama yang tidak ada sebarang dendam pun. Kita buat rileks, buat bodo, chill je suda. Cinta monyet tu sekadar kenangan hidup je. Tak lebih dari tu.

Wednesday, May 18, 2016

Spam Email

This few weeks I received a lot of spam email. Really annoyed with all the attachment. I know it’s a spam so I just ignore it.
Actually I would love to share all the spam email address that I’ve received. Since there’s a limitation to view via mobile and external email had been blocked in my office, only part of the email can been showed.
Don’t know from where they got my email address. Spammers are brilliant right? So they can do anything to make us annoyed with them.
For me, only stupid people would do stupid things like that. Brilliant people with brilliant brain won’t do stupid action such that.
Here are the list of spammer email address that still in my email. Most of it had been deleted before. (I know you love to be glamour and love to be known by others. Enjoy dear spammers)

DaleKelley290@turktele...
McclainVirgie67@colou...
LindsayOlivia835@sim...
jaypeehp@gmail.com (calling me “Sir”, so funny!!)
CarrRobt84@entertraini...
Muriel99@gmail.com
Bernadette8885@gmail.com
WilkersonPam1569@a...
RaymondStacie1082@...
MccartyLois982@busin...
MacdonaldLavonne657…

SotoBerta7652@entran...

Tuesday, May 17, 2016

Tudung & Shawl

Assalamualaikum.

Harini nak story pasal tudung & shawl. Kebanyakkan artis kt Malaysia ni dah keluarkan brand dorg sendiri. Tapi bagi diri ini, brand tu bukan lah penting, yg penting murah & menutup aurat. Tu yg paling dititikberatkan bila aku nak beli shawl @ tudung. Bukan kisah sgt pun pasal stylo ke idok, aku ni asal boleh redah je. Tade hal punye la asalkan aku x kacau org, org x kacau aku sudah. Beli tudung mahal2 tapi pendek n x menutup aurat wtpe. Tah, tu pendapat aku la. Baru kengkonon nak keluar x pkai tdung pu En Suami dah jeling2, ni kan pulak pkai x cukup kain? Siap sedia la menjawab dgn En Suami nanti. Jenuh nak jawab selagi dia x dapat jawapan yg memuaskan hatinya.

Harini aku baru je dengar pasal shawl Ereka Jusoph. Laju je la tangan ni carik kt FB. Since iols xde IG, harapkan FB je la nak cari semua online shopping ni. Stakat browse skali je dah cukup dah cucui mata, tgok rege. Fasha Sandha pun dah keluarkan shawl brand sendiri. Boleh la carik kat FB @ IG kalau nk shoping tu. Iols ni part beli memahal tu memang idok ler. Dari beli mahal2 tu, baik duit tu buat makan je. Konyang den. Hahaha

Kalau bab duit ni memang aku berkira sgt. Daripada habis kat barang yg ntah pape, baik aku beli makanan yg boleh bg kenyang. Aku baru je beli selendang RM11 sehelai. Tu pun beli tong2 skali ngn kwn2 kira beli borong la. Kalau beli takat selai dua RM15 kalau x salah. Murah pun xpe la, asalkan selesa menutup aurat. Panjang & lebar jugak shawl tu. Kalau panjang sangat nanti aku jahit je la jadikan instant shawl 2 muka tu. Ape susah. Keh keh keh

Aku sejenis manusia yg paling malas nak beli baju kt kedai sbbnya aku malas nak keluar rumah sebab keadaan yg tidak begitu menjamin. Bukan x menjamin ape, x menjamin baju tu akan menepati citarasa. Nak cari saiz, yg de zip pastu murah mmg ssh nk dapat. End up, beli je online lebih senang, cepat, mesra & betul. Eh! Hahaha. Biase aku akan cari online shop yg jual tdung@shawl skali ngan jubah. So beli siap2 1 set trus lebih jimat. Kebiasaannya, beberapa hari sebelum gaji tu memang akan cari mana yg berkenan n tanya kt En Suami yg mn cantik. Mintak pendapat En Suami jugak dalam hal shoping ni sebab x semua yg cantik di mata kita cantik juga di mata dia. Nak pikat suami, ikut je la pendapat dia. InsyaAllah lama2 baju tu akan jadi berkenan juga di hati kita sbb suami suka.

Ok, itu saje buat hari ini. Tataaaa


Friday, May 13, 2016

Hohohohoneymoooon Triiiiiip

Assalamualaikum.

This post special to story about my honeymoon trip last year. Why last year not right after my marriage last 2 years? It’s all because my husband got to leave me a week after our marriage. Would love to repeat, after a week of my married life, my husband were away for 3 weeks to perform his duty to our nation, Malaysia. Yes, its 3 weeks he’s been away leave me a week after we got married. How poor am I right? Hahahahaha

Never mind, I’m used with it after all. Even blood coming out, I can’t stop him from performing his duty. I proud with my husband. He’s professional when it’s related to his work and duty. Responsible husband won’t leave his beloved wife without good reason. Ok, let’s continue with my honeymoon trip journey.

On May 2015, we go to Pangkor. This is a treat after we lost our beloved 17w son (miscarriage). I really really really need some vacation that time to release all my sadness. Pangkor not a big island to stay for a long time. We could round around Pangkor Island just for a day. You may view my entry about Pangkor here.

Our first anniversary we celebrate at Langkawi Island. Actually on the day of my anniversary was my best friend wedding. So, a day after anniversary we take a flight to Langkawi. During this trip, I was pregnant 8w. Still early and still fragile but I’m not having bad thinking because a mothers pray Allah will hear. So I’m just enjoying that moment without thinking any other things. Alhamdulillah, nothing happen during that trip.

This year we’re still planning either to Redang Island or Perhentian Island on our anniversary. Actually I’m more interested to go to Tioman Island but my husband refused since we got to take about 2 hour boat from Mersing jetty to the island. So, next honeymoon trip will be updated later in another post. See yaa

*Suddenly feel like want to write a post in English. I know my English were out, but I’m try to improve it slowly. 

Monday, May 9, 2016

MaMaT GiLa @ Tesco Cheng

Assalamualaikum

Semalam kami pi Tesco Cheng kt Melaka nun. En. Suami nak pi cari barang. Kami temankan je. Sudahnya barang yg dicari x jumpa pun. Beli barang lain yg langsung xda dalam senarai. Biasa la tu kan. Dah jumpa barang yg dicari memang En Suami sambar je walaupun barang tu x berapa nak penting pun.

Nak jadi cerita, bila kami sampai kat kereta, ada seorang lelaki India dating menghampiri. Masa dia mai kt kete kami tu, cheq dah memang malas nak layan. Tau dah dia nak promote produk dia tu. En Suami la yg melayan mamat tu. Kami dok dalam keta buat muka ketat. Dia dok gebang la barang dia baguih punya boleh bagi kuning kt lampu depan tu jadi putih, boleh hilangkan calar kereta pa suma. En Suami pun tanya la harga berapa. Dia habaq 1 tin tu RM 45, 2 tin (1set) RM 80. Dia siap tunjuk lagi orang hat nun beli 3 set, orang tu beli 2 set.

Kami pun kerling la orang hat dia tunjuk tu. Orang tu masih lagi memandang mamat senget tu dari kereta dia. Entah betui ka dak mamat tu gebang kami pun xtau. Mamat ni cuba nak pujuk En Suami beli, siap tawar harga paling murah la konon 1 set RM40. Kami tetap jugak kata xmau. Mamat tu nak turun harga lagi. Siap pujuk kami lagi surh beli. Kami pun cakap la ni bukan kerata kami pun. Mamat tu punya nak duit dia kata “Kak, ni nak dekat puasa x baik tipu la kak. Kalau bukan kereta abg kenapa guna”. Kami melenting la “Dah memang bukan kereta kami pun. Bayaq bulan pun dak”. Mamat tu balas balik “dah dekat puasa x baik menipu la kak. Kita jual bukan mahal pun”


Terus En Suami cakap dia xnak beli kat mamat tu. En Suami tau la bila Pn Isteri dia naik hangin camna. Dah orang xmau beli dia nak paksa pulak memang kami x berapa nak berkenan la. Hang nak cakap aku tipu? Aku tampaq hang sat gi baru tau. Bila suara aku dah tinggi baru la tau takut kan? Aku bila dah naik itu angin kat kepala memang saje la nak cari pasal kan. Time lapaq nak cari pasal memang silah orang la mamat oiiii!! Time aku baik memang aku baik la. Time itu hangin sudah datang, memang bersiap sedia la dengan high pitch hakak!!

Friday, May 6, 2016

RAMBUT pun jadi ISU -_-

Assalamualaikum

Wanita berkahwin berambut panjang. Salah ke? Wanita bekerjaya + bersuami memiliki rambut panjang bukanlah menjadi suatu kesalahan. Rambut ni bukanlah langsung tak pernah potong. Last skali potong rambut awal tahun lepas rasanya. Tu pun takat potong sikit je tang hujung tu. Lebih kurang 2 inci kalau x salah sebab belah hujung tu dah rosak. Ni dah panjang balik tapi Alhamdulillah x rosak lagi.

Menjadi pemasalahan pula rambut ni pada seorang senior di sini apabila seringkali melihat rambut ini didandan rapi pelbagai gaya.
“Belum ada anak lagi boleh la”
“Lepas ko ada anak ni memang pendek je la rambut tu”
“Tak urus anak waktu pagi boleh la belai rambut tu”
Tu merupakan kata2 dari dia kepada aku. Bagaikan menjadi isu pula pasal rambut panjang ni. Cemburu atau dengki? Aku pun x pasti sebab aku x layan sangat la kata2 yg tidak membantu itu. Menjadi kebiasan bagi aku mengikat tocang di pagi hari sebelum ke pajabat. Rambut dah panjang, nak pakai tudung kena la ikat bagi cantik biar orang x Nampak rambut tu. Sebagai seorang muslimah yg sejati (kononnnn), rambut perlu disembunyikan dari menjadi tatapan umum.

Rambut merupakan mahkota setiap wanita yg harus dijaga. Bukan senang nak jumpa orang rambut panjang zaman sekarang ni. Tambahan pula cuaca sekarang agak panas memang rambut pendek menjadi pilihan. My personal opinion, as long there’s no bad smell around me, than its okay to have long hair. Every 2 days I will wash my hair. Sometimes every day I wash if my hair having a bad smell. It’s depends how you take a good care of your hair, not because you’re having a baby or what.


Baby isn’t a big problem for me. It’s yourself. How you manage your hair and yourself. If you feel having a kids would make you feel messy, don’t think others would be like you. We have a different interest. Hence, it’s yourself to manage how it will go. Doesn’t matter how many kids or you don’t have a baby.

Thursday, May 5, 2016

Uber & Grab Car VS Teksi Berdaftar

Assalamualaikum

Ini adalah topik yang panas dan serius untuk dikupas secara mendalam. Terdengar keluhan seorang pemandu teksi membuat aku terfikir sejenak akan keadilan terhadap mereka yang mencari rezeki dengan memandu teksi sepanjang hari. Pendapatan yg mungkin tidak seberapa, sekadar cukup untuk menampung sewa harian dan belanja harian. Mungkin juga sehari itu tidak mendapat sebarang pendapatan dan pulang dengan hampa.

Kehadiran Grab Car & Uber menyekat pendapatan pemandu teksi yang berdaftar. Pemandu teksi terpaksa berulang alik ke Puspakom untuk pemeriksaan kenderaan manakala pemandu Grab Car & Uber tidak perlu membuat sedemikian. Bayangkan 3 4 hari mereka di Puspakom menanti pemeriksaan dan terpaksa lakukan semula pemeriksaan, di situ mereka telah mengalami kerugian. Pemandu Grab Car & Uber tidak perlu melalui pemeriksaan di Puspakom, tidak perlu mengambil lesen PSV. Adilkah begitu?


Dalam hal ni, di mana penguatkuasa? Kenapa tidak ditetapkan syarat yg sama untuk pemandu Grab Car & Uber seperti pemandu teksi biasa? Adakah kerana ada Menteri yg berada di sebalik Grab Car & Uber? Siapa pula yg akan membela nasib pemandu teksi yg mencari rezeki dengan memandu teksi semata? Mereka hanya mampu berserah pada Allah sahaja. Setiap rezeki itu datangnya dari Allah. Jika niat ikhlas kerana Allah, InsyaAllah ada jalan walau bagaimanapun. Cakap banyak x guna, tembak x kena, fikir-fikirkan lah ye.