Tuesday, October 27, 2015

Reunion

Mini Reunion ataupun Big Reunion memang tersangatlahhhh susah sangat. Sebab apa? Sebab masing2 ada kerjaya, masing2 ada keluarga, masing2 ada kehidupan sendiri. Walaupun rancangan asal nak buat reunion diusia 25 tahun, rancangan itu terpaksa dibatalkan atas banyak faktor.

Bukan berniat nak mungkir janji, akan tetapi kekangan masa itu amat tidak membenarkan rancangan itu dilaksanakan. Nampak gayanya terpaksa ditunda lagi ke masa akan datang yang entah bila akan terlaksana impian, harapan dan rancangan itu. Benarlah, manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Sabtu lepas dapat juga berkumpul sebentar, itu pun masih belum cukup. Masih ada yang tidak dapat menghadirkan diri ke majlis walimah tersebut. Alhamdulillah dengan adanya majlis walimah, selain meraikan mempelai, kita juga dapat berkumpul kembali dan mengeratkan silaturahim. Syukur kepada Allah kerana sekurangnya dapat juga berkumpul seketika setelah sekian lama tidak bersua muka.

2015 hampir melabuhkan tirai, perancangan reunion masih juga dirancang, cuma entah akan berlaku seperti dirancang ataupun tidak. Hanya mampu berserah dan pasrah. Halangan pasti menjelma, namun rancangan tetap akan dirancang seperti tahun2 sebelumnya. InsyaAllah, doakanlah agar segalanya dipermudahkan Yang Maha Esa.

Jangan kritik orang ikut sedap mulut!!!!

Pernah jadi dalam hidup anda bila orang minta pertolongan dari kita kemudian menjatuhkan kerja kita?
Pasti pernah bukan? Perasaan itu pastinya sangat menyesakkan jiwa. Geram, marah, menyampah. Setelah pertolongan diberi, dikritik pula kerja tersebut. Dalam hati pastinya menyesal menyumpah seranah.

Tidak kira la pangkat tinggi atau rendah, ucapkanlah terima kasih diatas pertolongan yang diberikan. Kerja yang diberi itu bukan lah kerja orang yg memberi pertolongan tetapi kerja orang yang meminta pertolongan. Bersyukurlah atas bantuan yang diberikan. Bukan mengkritik mengatakan kerja itu lembab, orang yang membuat kerja itu lembab. Tidak sepatutnya begitu.

Telah beberapa kali ungkapan itu diluahkan, diucapkan kepada orang bawahan, tapi, bila hendak meminta pertolongan, pandai pula bermanis mulut. Kalah kemanisan gula dan

Friday, October 2, 2015

Dari Isteri Seorang Anggota Tentera

Risiko berkahwin dengan askar adalah sering berjauhan kerana tugas.  Hanya wanita yg tabah mampu menghadapi dugaan sementara itu. Mana mungkin hati tidak bimbang dan gusar. Mana mungkin jiwa tidak memberontak setiap kali terpaksa berjauhan, namun kerana khidmat bakti kepada Negara tercinta, terpaksa direlakan jua walau apa jua cara sekalipun. Airmata yg menitis siapa yg tahu. Hati yg merintih, hanya Allah yg mengetahui.

Bukan mudah merelakan begitu saja. Airmata pasti turut serta. Tatkala kerinduan menjelma, panggilan telefon menjadi penawarnya. Bagaikan org bercinta, melepaskan kerinduan yg bersarang di dada. Bahagia rasanya mendengar khabar dari si dia.tak cukup rasanya masa yg berlalu. Tanpa sedar mencecah hingga berjam-jam lamanya. Alpa seketika dgn dunia semasa.

Tabah lah wahai hati. Tabah lah wahai jiwa yg lara.