Friday, January 18, 2013

J0D0#


Assalamualaikum. Pelbagai dugaan, cabaran, rintangan dan halangan telah ditempuhi. Suka duka, tangis tawa sepanjang tahun mematang dan mendewasakan aku. Pengalaman yang aku dapat membuatkan aku sedar akan usia aku yang semakin meningkat

Semenjak kehilangan arwah adik, aku mendapat kekuatan dalaman yang aku sendiri tak pasti dari mana. Wallahualam... Hanya Allah yang mengetahui kerana Allah Maha Mengetahui. Hehehehe...

Semakin meningkat usia semakin banyak persoalan mengenai jodoh. Sewaktu arwah ada, aku akan kata ‘tunggu adik habis belajar dulu’. Kini, alasan itu sudah pasti dah tak laku.  So, I have to find a new answer for that golden question. Easy to ask but difficult to answer.

Bila ada yang bertanya pada mak tentang hal ini, jawapan mak yang terkini ‘masa belajar dulu suruh belajar, tak suruh cari jodoh.bila dah abis belajar jodoh pun tak nampak bayang’. Baguskan idea mak tu, tapi jawapan tu bukan jawapan yang sebenarnya. Itu hanya jawapan untuk menyelamatkan dari terus diasak dengan pelbagai soalan yang tak putus2.

Jodoh itu dah ditetapkan Allah. Bila tiba waktu dan ketikanya, pasti jodoh itu akan datang menjemput tulang rusuknya ini. Usah bertanya lagi bila tapi teruskan berdoa untukku. InsyaAllah bila tiba saat dan ketikanya, pasti akan ku jemput kalian ke majlisku yang penuh sederhana kelak.