Friday, December 21, 2012

~ Tarikh Keramat ~

“Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini”
#Pelangi Petang – Sudirman #

Kehadiranmu menggembirakan kami.. kehilanganmu menyedihkan kami.. sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirimu dari kami.. Al-Fatihah buat Allayarham Syauqie Qayyum Bin Rosli…

18 Dec 2012 bersamaan 4 Safar 1434 akan menjadi tarikh yang tak akan aku lupakan sampai bila2.. berita yang ku terima sekaligus telah meragut sebahagian dari semangat aku.. menggigil tubuh ini, lemah longlai badan ini bila mendapat berita tentang perginya seorang insan dijemput pulang kembali ke sisiNya…..

Kehilangan adik tercinta amat menyedihkan jiwa ini sekaligus merobek jiwa dan batinku ini.. perginya tak kan kembali.. selama 16 tahun 4 bulan dan 8 hari kehadirannya di sisi aku membuatkan aku ceria.. kenangan bersama tak kan mudah untuk aku pdam dari ingatan ini sepanjang hidupku.. tiada pengganti dalam hatiku ini.. semoga rohnya tenang ‘disana’ dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

Segala pesanan terakhirmu akan ku ingat dan akan ku cuba untuk mengubah diriku ini menjadi seorang wanita yang solehah seperti mana yang pernah kau katakan.. Adik, doakan akak ye. Akak tau adik yang paling memahami akak. We share because we care

Saturday, December 15, 2012

K@+@ #@+!


Melihat rakan seusiaku mendirikan rumah tangga, aku hanya mampu tersenyum dan mendoakan yang terbaik buat mereka. Giliran aku jangan ditanya bila. Ada yang kata aku ni anti lelaki tapi sebenarnya tidak sama sekali. Kalau aku anti lelaki pastinya aku akan cuba merosakkan hubungan yang terjalin antara sahabatku dengan jejaka itu. Kalau benar aku anti lelaki, pastinya aku takkan menaruh harapan pada Fahrin Ahmad mahupun Aaron Aziz.

Buat sementara waktu ni aku menutup pintu hati aku kerana sesuatu. Bukan kerana aku hendak menolak takdir, tapi aku terpaksa melakukannya kerana ada sesuatu yang memaksa aku. Sememangnya aku keras hati, sukar untuk dilembutkan hatiku ini. Sampai bila2 pun aku tetap akan menjadi seorang aku. Takkan pernah berubah walaupun sekali. Tidak juga untuk sedetik waktu.

Kekerasan hati aku ini bukan lagi ibarat kerak nasi yang bakal lembut bila direndam. Tidak serapuh itu. Bila hati aku dah meletakkannya dalam otak, otak dan hati pula sudah beriringan bersama, tiada apa lagi yang mampu mengubah kecuali diri aku sendiri. Tapi aku rasa tak perlu untuk mengubahnya lagi kerana aku akan tetap selamanya menjadi aku yang sangat keras kepala, keras hati, hati batu, hati kering dan kepala angin. Hahahaha

Hamik kau! Ni baru betul diri aku. Mengata diri sendiri lagi bagus dari mengata diri orang lain kan. Do I care if you want to talk bad things about me? I won’t care at all but for sure I don’t like it. Would be same goes to you if you are on my shoes right?

Before you judge my life, my past or my character, walk in my shoes, walk the path I have travelled. Live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter. REMEMBER!!! Everyone has a story. When you’ve lived my life then you can judge me.

Ok, let’s back to the topic. There are a few reasons why I would have to consider about getting married with a man. For sure I would marry a man coz I’m not lesbian. I still have a sense to a man especially those who have tough body, easily make me fall in love with that sweet body. Ouch!!! Hahahahahaha

Aku takkan lupa apa yang orang kata pasal aku. Ada orang kata laki buta mana la yang berkenan kat aku ni. Ada jugak yang kata nak tau jugak lelaki malang mana la yang bakal jadi suami aku ni. Baru aku tau rupanya orang malang je yang nak aku ni kan. Takpe lah, aku pun taknak lelaki malang menjadi suami aku ni. Kesian jugak kat jejaka yang ada kat Malaysia ni. Hahahahaha

Tapi tu bukan la sebab utama aku menutup pintu hati aku ni. Ada lagi sebab lain yang berlaku di sekeliling aku ni yang membuat aku berfikir panjang, terlalu panjang untuk menamatkan kehidupan aku yang bujang ni. So, for the time being I would prefer to be alone rather than having someone special in my heart. For me, being single are much more better than having a couple. ‘Single simple, couple trouble’.


Tuesday, December 11, 2012

Siulan Masa Kini

Istikharah Cinta - Sigma Band

Mahar Cinta - UNIC

Permata yang di cari - DeHearty

Rapuh - Opick

Sejak 2 3 bulan yang lepas, lagu ni da jadi lagu yang wajib didengar tiap2 hari..
sdap je telinga ni dengar lagu2 ni terutamanya lagu Opick tu..
layan la kalau nak, kalau xnak angkat kaki jalan okeyh!! hahahaa
sekian, ASSALAMUALAIKUM...

Friday, December 7, 2012

C.I.N.T.A


Ada apa dengan cinta?
Ada yang kata ‘Jangan sangka orang yang kita cintai itu adalah jodoh kita, dan jangan sangka orang yang kita benci itu bukan jodoh kita’




Kata PUJANGGA – cinta itu buta
Kata KULI – cinta itu melelahkan
Kata PENJUAL – cinta itu tak oleh dibeli
Kata POSMEN – cinta itu tak boleh dihantar
Kata BOMBA – cinta itu tak boleh dipadam
Kata PENCURI – cinta itu tak boleh dicuri
Kata POLIS – cinta itu sukar ditangkap

Kata TENTERA – cinta itu tak boleh ditembak
Kata DOKTOR – cinta itu tak dapat diubati
Kata GURU – cinta itu tak dapat dipelajari
Kata HAKIM – cinta itu tak boleh dihukum
Kata PELUKIS – cinta itu indah

Kata SAINTIS – cinta itu boleh dikaji sedalamnya
Kata GUARD – cinta itu perlu dijaga
Kata USTAZ – cinta itu anugerah
Kata ULAMA – cinta ALLAH kekal abadi

Bagi aku cinta itu sukar untuk di mengerti, sukar ditafsir, sukar hadir dalam jiwa aku. Aku tak mencari cinta manusia tapi aku mengejar cinta ILAHI. Sukar untuk mencapai cinta itu tapi aku puas kerana cinta yang sukar itulah yang membuat aku sentiasa berusaha menuju kearahNYA.

Cinta sesama insan pastinya wujud dalam diri aku yang sememangnya amat menyayangi semua yang berada di sisi aku. Aku sayangkan keluarga aku sebab tanpa keluarga aku yang agak kucar kacir ni siapalah aku ni kan. Hehehehe

Aku sayangkan kawan-kawan aku. Semua yang datang dan pergi dalam hidup aku ni aku sayang. Walaupun orang buat jahat dengan aku pun aku tetap akan sayang sebab aku amat yakin dengan hukum karma. What goes around comes around!

Nasihat diri ini untuk anda dan juga untuk diri sendiri, “sayangi Allah, sayangi Rasulullah, sayangi para Nabi dan Rasul, sayangi diri sendiri, sayangi keluarga dan sayangilah orang yang ada di sekeliling kita”

#Imam Syafie pesan, ‘Jangan menyintai orang yang tak sayangkan Allah, jika dia boleh tinggalkan Allah, tak mustahil dia juga boleh meninggalkan kita nanti'#


Saturday, December 1, 2012

Gaji Ciput Mampu Hidup Mewah


Assalamualaikum
Nampak tajuk macam tak logic je kan. Ape la yang bole dibuat dengan gaji banyak tu je kan? Persoalan yang bermain di minda anda pastinya akan terjawab sekiranya anda membaca entry ni. Bukan nak increase rating mahupun pageview. Sekadar berkongsi rasa. Tak nak baca sila tekan ‘close’ ye. Tiada paksaan pun.

Gaji basic anda RM1,800 atau kurang atau mungkin juga lebih sikit je? Ni cheq nak habaq mai kat hangpa semua apa yg cheq buat ngan gaji yg ciput tu tapi mampu hidup mewah & enjoy every weekend.

Basic salary RM 1,800.00, tolak Socso & EPF da jadi RM 1,600.00 je. Bukan xde hutang yang perlu di bayar, ade juga hutang yang menunggu setiap bulan. PTPTN, Courts Mammoth antara hutang yang menunggu masa setiap bulan untuk dibayar. Simpanan pun ada juga, ASB & SSPN.

Berikut adalah cara untuk hidup mewah setiap bulan dengan gaji kecil tanpa ‘bantuan pernafasan’ dari Kad Kredit.

1)           Paling penting untuk umat Islam melunaskan hutang sebelum mati. Jadi, senaraikan hutang yang anda ada setiap bulan.
2)     Pastikan anda meletakkan 10% daripada gaji sebagai simpanan. Ia boleh digunakan untuk menyelamatkan anda apabila keadaan mendesak.
3)     Jangan lupa letakkan perbelanjaan bulanan anda juga ye. Utamakan keperluan penting dari SHOPING!
4)     JANGAN sesekali mengambil kad kredit! Ia akan membuat anda berhutang pada tahap maksimum.
5)      Jangan abaikan hak ibubapa kita juga ye. Selagi kita masih anaknye, kita perlu memberi mereka sedikit. Walaupun mereka tidak mahu menyusahkan kita tapi itu adalah tanggungjawab kita untuk memberi kepada mereka. Anak perempuan yang telah berumah tangga x perlu beri tapi kalau nak bagi jugak, minta izin suami dulu ye. Anak lelaki pula xkan terlepas tanggungjawab itu selagi hayat dikandung badan.

Berikut adalah contoh yang saya lakukan setiap bulan


Mana duit untuk mak abah? X bagi ke setiap bulan? Jawapannya, mak abah xnak saya bagi mereka duit sebaliknya mereka meminta saya menyimpan dalam ASB setiap bulan.

Selain daripada ini, SOLAT merupakan sebab mengapa saya mampu hidup mewah seperti orang yang bergaji RM 3,000.00 sebulan. Sekiranya kita mengabaikan solat, gaji RM 10,000.00 pun tak akan cukup untuk membuat kita hidup mewah.

Letakkan Allah di tangga yang tertinggi di hati In Shaa Allah segalanya pasti menjadi. Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Selamat Mencuba. Sekian, wasalam…..