Saturday, August 4, 2012

pEnghArApAn


Aku tak mendambakan seorang lelaki yang kaya harta benda mahupun yang elok paras rupanya untuuk dijadikan teman hidup. Aku mendambakan seorang lelaki yang sederhana dalam segalanya. Sederhana dari segi rupa, sederhana dari segi harta tetapi tidak melupakan ALLAH. Sejujurnya aku sangat tidak kisah akan perbezaan usia sebab bagi aku yang paling penting ialah saling memahami dan menghormati pasangan. Aku tidak mengharapkan seseorang yang muda tetapi langsung tidak bertanggung jawab. Aku bukannya wanita sempurna yang inginkan kesempurnaaan dalam sesuatu tetapi aku mahu yang terbaik untuk diri aku ini.

Tidak salah untuk kita meminta sesuatu yang elok untuk diri kita sebab kita yang akan hidup bersamanya kelak. Aku amat berharap agar aku mendapat seseorang yang tahu untuk mengimbangkan hal dunia dan akhirat. Aku tak minta ustaz tetapi sekiranya itu jodohku, aku terima dengan hati terbuka. Aku tak menolak banduan mahupun penagih dadah asalkan dirinya sudah insaf dan bertaubat dari perbuatannya. Aku tidak menghukum sebab sebagai manusia biasa kita pasti akan melakukan seribu satu kesalahan. Bukan hak manusia untuk terus menjatuhkan hukum ke atas manusia lain tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

Aku mendambakan seseorang yang bertanggungjawab dan tahu akan tanggungjawabnya. Aku mendambakan seorang insan yang tahu cara untuk membawa dan membimbing aku ke jalan ALLAH. Bukan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai lelaki tetapi juga tanggungjawab sebagai hamba ALLAH yang hanya kerdil di muka bumi ini.

Kalau hubungan dengan ALLAH pun goyah, hubungan dengan manusia belum tentu akan elok. Kalau puasa pun masih ada yang tinggal, solat 5 waktu yang diwajibkan tu belum tentu akan sempurna. Aku sendiri tidak pasti adakah insan seperti ini tiada perasaan malu pada diri sendiri? Lebih malukan pada manusia dari malu pada ALLAH. MasyaALLAH!!! Cuma satu yang aku harapkan, berubahlah wahai insan!

Ya ALLAH, aku redha dengan ketetapanMu Ya ALLAH. Aku menerima takdir yang telah Kau tetapkan padaku. Amin Ya Rabb!!!