Monday, January 9, 2012

Tangisan 2012


Mak, mak ingat x mak pernah sakit teruk dlu tp mak x gtau akak sbb mak xnk akk risau? Mak ingat x? mak pakat ngan yg lain2 jgn ckp kt akak pasal mak. Mak ingat x? akak xtau berapa lama mak sakit, macam mana mak sakit sampai x bole bangun aritu. Mak ingat x mak rahsiakan hal ini dari akak? Mak rahsiakan hal itu sbb mak xnak akk risaukan mak. Mak nak akak focus pada study akk. Mak ingat lagi kan waktu itu?

Suatu hari mak terlepas ckp kt akak pasal pizza. Dorg mkn pizza kt umah ni kan? Mkn rmi2 sbb mak x boleh bgn utk masak pd adik2 mak yg dtg ke rumah. Mak igt lg kan? Mak penah ckp kt akk, “masa mak sakit yg x boleh bgn tu akak x tgok mak”. Mak, akak sedih sgt bila mak ckp akk cmtu. Mcm akk ni jahat sgt je x tgok n jaga mak sakit masa tu. Mcm akk ni ank yg sgt x berguna je pd mak kan.


Mak, akk sedih bila mak kata cmtu tau. Akk xtau ape slah akk pd mak smpi mak sanggup kata akk begitu. Kdg2 akk rs mcm akk ni yg bersalah sbb x blk umah. Tp bila fikir blk akn hal ini, akk pn xtau nk slhkan sape. Akk rs berdosa ble mak ckp seolah2 akk ni derhaka kt mak sbb lgsg xtgok mak waktu itu. Mak, akk menangis mak. Air mata ini mengalir di saat ini.

Mak, andai akak bersalah sebab tiada di sisi mak waktu itu, akak minta maaf setulus hati. Andai akak mengguris hati mak di kala itu, akak pohon keampunan dari mak. Restu ALLAH hadir dari restu ibu bapa kan mak? Kata2 dan doa seorang ibu itu sentiasa ALLAH makbulkan.

Monday, January 2, 2012

Welcome 2012


Selamat Tahun Baru 2012 pada anda yang sedang membaca belog buruk ini. Setiap kali tibanya tahun baru, pastinya semua insan akan membuat azam baru. Begitu jua dengan insan hina ini turut membuat azam baru dan membawa azam tahun lepas ke tahun baru ini sebab azam tahun lepas masih belum tercapai sejak bertahun yang lalu.

Azam tahun baru ni nak tingkatkan taraf hidup diri dan keluarga. Sekarang ni sedang sibuk mencari kekosongan kerja kerana mahu belajar kesusahan mencari kerja dan di temuduga. Resume telah di hantar ke alamat2 yang berkaitan yang menawarkan kerja kosong. Harap2 dapat la kerja lain yang mungkin boleh mengurangkan beban kerja.

Azam tahun yang sudah2 yang asyik di bawa ke hadapan ialah ingin menaikkan berat badan. Akibat terlalu kurus, azam ini lah yang paling sukar untuk dicapai berbanding yang lain. Bukan senang untuk menaikkan walaupun 1kg tetapi amat mudah untuk menurunkannya. Insyaallah hasrat hati ini bakal berjaya kelak. Tolonglah doakan ye.

Pada anda yang sedang membaca ini, adakah azam telah difikirkan dan telah mula dilaksanakan untuk mencapainya? Azam tahun lepas sudah tercapai? Kalau masih belum tercapai lagi, jangan berputus asa, teruskan usaha untuk mencapai apa jua yang anda impikan.

Terima kasih kerana membaca. Teruskan setia bersama belog buruk ini ye. Love you. Muahhh!!!