Friday, December 21, 2012

~ Tarikh Keramat ~

“Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini”
#Pelangi Petang – Sudirman #

Kehadiranmu menggembirakan kami.. kehilanganmu menyedihkan kami.. sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirimu dari kami.. Al-Fatihah buat Allayarham Syauqie Qayyum Bin Rosli…

18 Dec 2012 bersamaan 4 Safar 1434 akan menjadi tarikh yang tak akan aku lupakan sampai bila2.. berita yang ku terima sekaligus telah meragut sebahagian dari semangat aku.. menggigil tubuh ini, lemah longlai badan ini bila mendapat berita tentang perginya seorang insan dijemput pulang kembali ke sisiNya…..

Kehilangan adik tercinta amat menyedihkan jiwa ini sekaligus merobek jiwa dan batinku ini.. perginya tak kan kembali.. selama 16 tahun 4 bulan dan 8 hari kehadirannya di sisi aku membuatkan aku ceria.. kenangan bersama tak kan mudah untuk aku pdam dari ingatan ini sepanjang hidupku.. tiada pengganti dalam hatiku ini.. semoga rohnya tenang ‘disana’ dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

Segala pesanan terakhirmu akan ku ingat dan akan ku cuba untuk mengubah diriku ini menjadi seorang wanita yang solehah seperti mana yang pernah kau katakan.. Adik, doakan akak ye. Akak tau adik yang paling memahami akak. We share because we care

Saturday, December 15, 2012

K@+@ #@+!


Melihat rakan seusiaku mendirikan rumah tangga, aku hanya mampu tersenyum dan mendoakan yang terbaik buat mereka. Giliran aku jangan ditanya bila. Ada yang kata aku ni anti lelaki tapi sebenarnya tidak sama sekali. Kalau aku anti lelaki pastinya aku akan cuba merosakkan hubungan yang terjalin antara sahabatku dengan jejaka itu. Kalau benar aku anti lelaki, pastinya aku takkan menaruh harapan pada Fahrin Ahmad mahupun Aaron Aziz.

Buat sementara waktu ni aku menutup pintu hati aku kerana sesuatu. Bukan kerana aku hendak menolak takdir, tapi aku terpaksa melakukannya kerana ada sesuatu yang memaksa aku. Sememangnya aku keras hati, sukar untuk dilembutkan hatiku ini. Sampai bila2 pun aku tetap akan menjadi seorang aku. Takkan pernah berubah walaupun sekali. Tidak juga untuk sedetik waktu.

Kekerasan hati aku ini bukan lagi ibarat kerak nasi yang bakal lembut bila direndam. Tidak serapuh itu. Bila hati aku dah meletakkannya dalam otak, otak dan hati pula sudah beriringan bersama, tiada apa lagi yang mampu mengubah kecuali diri aku sendiri. Tapi aku rasa tak perlu untuk mengubahnya lagi kerana aku akan tetap selamanya menjadi aku yang sangat keras kepala, keras hati, hati batu, hati kering dan kepala angin. Hahahaha

Hamik kau! Ni baru betul diri aku. Mengata diri sendiri lagi bagus dari mengata diri orang lain kan. Do I care if you want to talk bad things about me? I won’t care at all but for sure I don’t like it. Would be same goes to you if you are on my shoes right?

Before you judge my life, my past or my character, walk in my shoes, walk the path I have travelled. Live my sorrow, my doubts, my fear, my pain and my laughter. REMEMBER!!! Everyone has a story. When you’ve lived my life then you can judge me.

Ok, let’s back to the topic. There are a few reasons why I would have to consider about getting married with a man. For sure I would marry a man coz I’m not lesbian. I still have a sense to a man especially those who have tough body, easily make me fall in love with that sweet body. Ouch!!! Hahahahahaha

Aku takkan lupa apa yang orang kata pasal aku. Ada orang kata laki buta mana la yang berkenan kat aku ni. Ada jugak yang kata nak tau jugak lelaki malang mana la yang bakal jadi suami aku ni. Baru aku tau rupanya orang malang je yang nak aku ni kan. Takpe lah, aku pun taknak lelaki malang menjadi suami aku ni. Kesian jugak kat jejaka yang ada kat Malaysia ni. Hahahahaha

Tapi tu bukan la sebab utama aku menutup pintu hati aku ni. Ada lagi sebab lain yang berlaku di sekeliling aku ni yang membuat aku berfikir panjang, terlalu panjang untuk menamatkan kehidupan aku yang bujang ni. So, for the time being I would prefer to be alone rather than having someone special in my heart. For me, being single are much more better than having a couple. ‘Single simple, couple trouble’.


Tuesday, December 11, 2012

Siulan Masa Kini

Istikharah Cinta - Sigma Band

Mahar Cinta - UNIC

Permata yang di cari - DeHearty

Rapuh - Opick

Sejak 2 3 bulan yang lepas, lagu ni da jadi lagu yang wajib didengar tiap2 hari..
sdap je telinga ni dengar lagu2 ni terutamanya lagu Opick tu..
layan la kalau nak, kalau xnak angkat kaki jalan okeyh!! hahahaa
sekian, ASSALAMUALAIKUM...

Friday, December 7, 2012

C.I.N.T.A


Ada apa dengan cinta?
Ada yang kata ‘Jangan sangka orang yang kita cintai itu adalah jodoh kita, dan jangan sangka orang yang kita benci itu bukan jodoh kita’




Kata PUJANGGA – cinta itu buta
Kata KULI – cinta itu melelahkan
Kata PENJUAL – cinta itu tak oleh dibeli
Kata POSMEN – cinta itu tak boleh dihantar
Kata BOMBA – cinta itu tak boleh dipadam
Kata PENCURI – cinta itu tak boleh dicuri
Kata POLIS – cinta itu sukar ditangkap

Kata TENTERA – cinta itu tak boleh ditembak
Kata DOKTOR – cinta itu tak dapat diubati
Kata GURU – cinta itu tak dapat dipelajari
Kata HAKIM – cinta itu tak boleh dihukum
Kata PELUKIS – cinta itu indah

Kata SAINTIS – cinta itu boleh dikaji sedalamnya
Kata GUARD – cinta itu perlu dijaga
Kata USTAZ – cinta itu anugerah
Kata ULAMA – cinta ALLAH kekal abadi

Bagi aku cinta itu sukar untuk di mengerti, sukar ditafsir, sukar hadir dalam jiwa aku. Aku tak mencari cinta manusia tapi aku mengejar cinta ILAHI. Sukar untuk mencapai cinta itu tapi aku puas kerana cinta yang sukar itulah yang membuat aku sentiasa berusaha menuju kearahNYA.

Cinta sesama insan pastinya wujud dalam diri aku yang sememangnya amat menyayangi semua yang berada di sisi aku. Aku sayangkan keluarga aku sebab tanpa keluarga aku yang agak kucar kacir ni siapalah aku ni kan. Hehehehe

Aku sayangkan kawan-kawan aku. Semua yang datang dan pergi dalam hidup aku ni aku sayang. Walaupun orang buat jahat dengan aku pun aku tetap akan sayang sebab aku amat yakin dengan hukum karma. What goes around comes around!

Nasihat diri ini untuk anda dan juga untuk diri sendiri, “sayangi Allah, sayangi Rasulullah, sayangi para Nabi dan Rasul, sayangi diri sendiri, sayangi keluarga dan sayangilah orang yang ada di sekeliling kita”

#Imam Syafie pesan, ‘Jangan menyintai orang yang tak sayangkan Allah, jika dia boleh tinggalkan Allah, tak mustahil dia juga boleh meninggalkan kita nanti'#


Saturday, December 1, 2012

Gaji Ciput Mampu Hidup Mewah


Assalamualaikum
Nampak tajuk macam tak logic je kan. Ape la yang bole dibuat dengan gaji banyak tu je kan? Persoalan yang bermain di minda anda pastinya akan terjawab sekiranya anda membaca entry ni. Bukan nak increase rating mahupun pageview. Sekadar berkongsi rasa. Tak nak baca sila tekan ‘close’ ye. Tiada paksaan pun.

Gaji basic anda RM1,800 atau kurang atau mungkin juga lebih sikit je? Ni cheq nak habaq mai kat hangpa semua apa yg cheq buat ngan gaji yg ciput tu tapi mampu hidup mewah & enjoy every weekend.

Basic salary RM 1,800.00, tolak Socso & EPF da jadi RM 1,600.00 je. Bukan xde hutang yang perlu di bayar, ade juga hutang yang menunggu setiap bulan. PTPTN, Courts Mammoth antara hutang yang menunggu masa setiap bulan untuk dibayar. Simpanan pun ada juga, ASB & SSPN.

Berikut adalah cara untuk hidup mewah setiap bulan dengan gaji kecil tanpa ‘bantuan pernafasan’ dari Kad Kredit.

1)           Paling penting untuk umat Islam melunaskan hutang sebelum mati. Jadi, senaraikan hutang yang anda ada setiap bulan.
2)     Pastikan anda meletakkan 10% daripada gaji sebagai simpanan. Ia boleh digunakan untuk menyelamatkan anda apabila keadaan mendesak.
3)     Jangan lupa letakkan perbelanjaan bulanan anda juga ye. Utamakan keperluan penting dari SHOPING!
4)     JANGAN sesekali mengambil kad kredit! Ia akan membuat anda berhutang pada tahap maksimum.
5)      Jangan abaikan hak ibubapa kita juga ye. Selagi kita masih anaknye, kita perlu memberi mereka sedikit. Walaupun mereka tidak mahu menyusahkan kita tapi itu adalah tanggungjawab kita untuk memberi kepada mereka. Anak perempuan yang telah berumah tangga x perlu beri tapi kalau nak bagi jugak, minta izin suami dulu ye. Anak lelaki pula xkan terlepas tanggungjawab itu selagi hayat dikandung badan.

Berikut adalah contoh yang saya lakukan setiap bulan


Mana duit untuk mak abah? X bagi ke setiap bulan? Jawapannya, mak abah xnak saya bagi mereka duit sebaliknya mereka meminta saya menyimpan dalam ASB setiap bulan.

Selain daripada ini, SOLAT merupakan sebab mengapa saya mampu hidup mewah seperti orang yang bergaji RM 3,000.00 sebulan. Sekiranya kita mengabaikan solat, gaji RM 10,000.00 pun tak akan cukup untuk membuat kita hidup mewah.

Letakkan Allah di tangga yang tertinggi di hati In Shaa Allah segalanya pasti menjadi. Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Selamat Mencuba. Sekian, wasalam…..


Sunday, October 28, 2012

AidilAdha 1433 @ 2012


Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan usia ini untuk bersujud kepadaNYA.. Speechless for a while.. hohoho

Arini 28 Oktober 2012 bersamaan 12 Zulhijjah 1433.. 2 hari lepas baru je umat Islam yang ada kat bumi Malaysia ni sambut kedatangan AidilAdha @ Hari Raya Korban @ Hari Raya Haji.. As usual, my family will gather at my lovely house.. Don’t know why they love to gather here since few years ago.. It’s okay for me coz they are part of me.. speaking la plak.. ayat pun tonggang langgang ade hati mau speaking kan.. lalalalala

Tak seperti tahun2 yang sebelum ni, kali ni dengan baik hati dan sukarelanya diri ini mengajak kawan2 yang rapat dtg raya kat umah.. so, pada sape yg dtg umah tu, ribuan dan jutaan terima kasih ye atas kesudiaan kalian menghadirkan diri.. ceh!!macam ramai sgt je yg dtg tu kan..padahal 6 org jek.. muahahahaha

Ok la tu dari xde kan smpai sepupu2 semua da mengutuk bagai kan.. xpe2, hamba redha jek.. huhuhu.. mana taknye, slama ni asyik abg je yg angkut kwn2 dia dtg, tapi diri ini maleh nak jomput kawan2 sbb da tau da dorg confirm xkan dtg dgn alas an umah jauh di ujung dunia.. jauh la sgt kan, padahal kt KL jek.. tah pape la korg2 ni..aishhh!! hahaha

Ok2, raya pertama menu utama nasi tomato, ayam masak merah, ayam masak kurma, rendang ayam & nasi impit.. plus ngan moist choc cake & kek gula hangus.. yang lain2 tu mak yg masak kecuali kek tu my hand la kan sbb mak mmg x pandai baking2 ni.. kalau bagi I yg cooking, alamatnye mmg lmbt siap la.. so I baking, my mom cooking..ape yg penting, kerjasama!! Hoooyeahhhh

Done with raya pertama kt umah, so move on to raya kedua pulak.. jemputan diterima dari mak teh yang kami anak buah ni semua pakat dok panggil Ibu.. Ibu plak buat laksa..so, semua gi la kt sana..spend time together lak kt Rwang tu..

Unexpected things happen bila ada surprise birthday celebration for those yg sambut birthday during this month.. Andak, Asyraf & Nizam.. Planned by Auntie & Uncle tapi utk Nizam tu tetibe masuk skali sbb masing2 x ingat bila birthday budak tu.. hohoho

So, this year no movie like last year.. we celebrate it in joy and happiness.. full set of family..Uncle & his family, me & my family, Ibu & her family, Andak & his family, Acik & her family except Amniya coz still admitted in the hospital, last but not least, Busu & her family except her husband which we didn’t include him as part of our family.. tak layak & tak sesuai langsung utk masuk dlm list family..awal2 lagi da kne buang keluarga.. nasib kau lah labuuuuu.. hahahah

Ok, that’s all for today & for this updated blog, next month will update more.. hehehehe..  THE END

WASALAM~~~~~~~

Sunday, September 23, 2012

Alhamdulillah


Alhamdulillah. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan nafas untuk aku meneruskan kehidupan ini. Segala kesakitan telahpun berjaya ku tempuhi sendiri. Luka di hati ku rawat sendiri. Walau besar mana pun kelukaan itu, tetap aku cuba untuk menyembuhkannya dengan senyuman dan fikiran yang matang dan positif.

Aku bersyukur kerana dikurnia mak abah yang sangat memahami hatiku ini. Mak abah tau satu-satunya anak perempuan yang mereka miliki ini amat degil dan suka ikut kepala sendiri. Mereka sedar bahawa setiap larangan mereka itu pasti akan aku lakukan jua seandainya aku tetap mahu melakukannya. Sungguh aku ini amat degil berbanding abang dan adikku.

Soal jodoh bukan lagi menjadi sesuatu yang aku risaukan kerana mak sudah member tanda kepadaku. Kata mak, mak tak kisah dengan siapa pun aku ingin bercinta asalkan bawa si dia berjumpa dengan mak agar mak abah tahu siapakah gerangan yang berjaya memikat hati anak gadisnya yang agak keras hati ini.

Bagi aku pula, aku bersedia membawa si dia bertemu mereka asalkan si dia benar-benar mahukannya. Tetapi, siapakah gerangan si dia itu? Aku sendiri masih belum pasti siapakah gerangannya. aku berpegang kata pujangga “Andainya kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati, tetapi cinta kita tidak berbalas, itu petanda orang itu bukan hak kita. Cinta itu akan hadir bila tiba waktunya

Aku yakin Allah lebih mengetahuinya kerana Dia yang telah menentukan sejak aku berada dalam kandungan ibuku lagi. Aku tidak mahu terburu-buru mencari cinta kerana cinta itu akan hadir dengan sendiri pada waktu yang telah ditetapkan. Kalau tiada cinta di dunia ini, di akhirat kelak pasti aka nada cinta yang menemaniku kerana itu janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.

Ya Rabb, aku bermohon kepadaMu, sekiranya dia jodohku, Kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Sekiranya dia bukan jodohku, Kau jauhkanlah hati kami. Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Aku menyerahkan segalanya kepadaMu. Amin Ya Rabb…

Saturday, August 4, 2012

pEnghArApAn


Aku tak mendambakan seorang lelaki yang kaya harta benda mahupun yang elok paras rupanya untuuk dijadikan teman hidup. Aku mendambakan seorang lelaki yang sederhana dalam segalanya. Sederhana dari segi rupa, sederhana dari segi harta tetapi tidak melupakan ALLAH. Sejujurnya aku sangat tidak kisah akan perbezaan usia sebab bagi aku yang paling penting ialah saling memahami dan menghormati pasangan. Aku tidak mengharapkan seseorang yang muda tetapi langsung tidak bertanggung jawab. Aku bukannya wanita sempurna yang inginkan kesempurnaaan dalam sesuatu tetapi aku mahu yang terbaik untuk diri aku ini.

Tidak salah untuk kita meminta sesuatu yang elok untuk diri kita sebab kita yang akan hidup bersamanya kelak. Aku amat berharap agar aku mendapat seseorang yang tahu untuk mengimbangkan hal dunia dan akhirat. Aku tak minta ustaz tetapi sekiranya itu jodohku, aku terima dengan hati terbuka. Aku tak menolak banduan mahupun penagih dadah asalkan dirinya sudah insaf dan bertaubat dari perbuatannya. Aku tidak menghukum sebab sebagai manusia biasa kita pasti akan melakukan seribu satu kesalahan. Bukan hak manusia untuk terus menjatuhkan hukum ke atas manusia lain tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

Aku mendambakan seseorang yang bertanggungjawab dan tahu akan tanggungjawabnya. Aku mendambakan seorang insan yang tahu cara untuk membawa dan membimbing aku ke jalan ALLAH. Bukan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai lelaki tetapi juga tanggungjawab sebagai hamba ALLAH yang hanya kerdil di muka bumi ini.

Kalau hubungan dengan ALLAH pun goyah, hubungan dengan manusia belum tentu akan elok. Kalau puasa pun masih ada yang tinggal, solat 5 waktu yang diwajibkan tu belum tentu akan sempurna. Aku sendiri tidak pasti adakah insan seperti ini tiada perasaan malu pada diri sendiri? Lebih malukan pada manusia dari malu pada ALLAH. MasyaALLAH!!! Cuma satu yang aku harapkan, berubahlah wahai insan!

Ya ALLAH, aku redha dengan ketetapanMu Ya ALLAH. Aku menerima takdir yang telah Kau tetapkan padaku. Amin Ya Rabb!!!

Sunday, July 8, 2012

JANTAN DAYUSSSSS


JANTAN DAYUS!!!

Tu la gelaran paling sesuai buat jantan x guna yang sanggup pukul isteri depan org.. sori, aku bkn nk bz masalah rumah tangga korg, tp agk2 r sket klu nk gado pun.. yg laki tu pn biol sgt pe hal? Da ilang akal ke ape sampai pukul bini? Jap pembetulan, bkn pukul bini setakat tampar je, tp tumb0k bini..

Excuse me!! Ko ingat bini ko tu punching bag ke? Sesuka hati je nk tumbok bagai.. time berchenta dlu bkn maen lg kn.. pijak semut pun x mati.. ble da ade anak, perangai mcm setan!! Hadis mn yg ko kaji yg ade tulis bole tumbok bini? Bak mai bg aku tgok.. sape ajar ko?? Habaq mai kat aku..

Berdegup kencang jantung aku pabila melihat tindakan jantan dayus itu.. teringat pada maksu aku yg dipukul suami setannya.. suami yg gilakan perempuan.. sanggup abiskan duit utk perempuan lain tp utk bini sendiri HARAM J..

Part paling best skali bila laki setan ni diperbodohkan oleh aku.. penyamaran aku barjaya memperdaya laki setan ni.. dgn berani & tanpa segan silu mengaku bujang padahal ank da 3.. penyamaran berlaku atas kebenaran dari maksu aku sendiri.. tapi ape yg aku kesalkan bila maksu aku xnak jadikan itu bukti untuk kes penceraiannya di mahkamah tempoh hari..

Syg sgt kt laki sial tu buat ape.. aku da x respect laki tu mcm pakcik aku da sbb perangai dia tu lg teruk dr perangai binatang.. senang kata dia lg binatang dr binatang.. otak letak dkt kepala lutut cmtu la jdnye..

Owh ye, berbalik cerita laki bini gad0 kt kdai td tu.. mak aku pesan lain kali kalau Nampak cmtu, jgn tgok @ tolong.. wt xtau jek walaupun kita nmpk dr awal.. seriously, kalau aku x TERmenjerit tadi, aku rasa mmg org biar je dorg gad0.. mana x nye, hal laki bini org luar mn leh campur..

Tp kalau da sampai kne tumbok tu xnk tlg jgk, mn perginye perikemanusiaan kita.. aku x sanggup tgok wanita ditindas sedemikian rupa.. wanita dicipta utk melengkapkan hidup lelaki.. bkn utk jd punching bag lelaki, ok???

Xpe, next time kalau mak ckp makcu kne tumbok @ terajang ngan laki dia, aku pulak nk ckp ngn mak jgn masuk campur hal dorg.. bole kn cmtu?? Biar makcu settle sendiri sebab dia yg cari nahas!! Aku da xnak masuk campur hal dorg lg da.. bole ke gitu? Lantak la kn.. bkn masalah aku pun..

Sunday, July 1, 2012

New Shoe for June

4 Inch wedges.. buy at Times Square.. RM60 only..

flat PEACH shoe look like wedding shoe :)


4 Inch wedges.. not remember the price..

flat BLACK shoe.. RM30 only.. very comfortable

Today's update about my new shoe that i bought on June 2012.. what a day :)
Spending my time just for a shoe..luckily i got my new shoe..
Quite difficult to get my size coz its limited stock..
40 for wedges @ heels & 41 for flat shoe..
Nothing to worry to spend your time and money for yourself..
its worth for your life ^_^

Sunday, June 24, 2012

hajat di hati


Alhamdulilah.. tercapai jugak hajat di hati ini untuk menambah tanah di kubur arwah at0k.. walau x pernah bertemu, jauh sekali berjabat tangan, namun aku dpt merasakan sesuatu.. terasa jiwa arwah ade dlm hati aku.. mungkin jugak sbb name aku ni arwah yg bg dlm mmpi mak.. wallahualam, aku pn xtau n x pasti..

X tergambar rs hati ini bila aku melihat kubur arwah berseri bagaikan baru sehari arwah meninggalkan kami.. kembalinya arwah ke sisi Allah adalah 24 tahun yg lalu.. tp aku baru 23 tahun.. mungkin arwah pernah melihat aku sewaktu aku berada dlm kandungan mak walaupun ketika arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir aku baru 2 bulan wjud dlm perut mak..

Saat paling sebak dan hamper aku titiskan airmata adalah sewaktu aku menggantikan kain putih di batu nisan atok.. kain yg berusia 23 tahun 6 bulan dan 23 hari itu telah aku gantikan pada 23 june 2012.. hampir aku titiskan air mata kerana bagaikan terasa saat pemergiaan arwah.. aku xnk mak nmpk aku nangis sbb aku tau mak sedih.. kehilangan seorang insan yg amat bermakna dlm kehidupan..

Al-fatihah untuk Allahyarham Yaucob Bin Mat Noh.. semoga rohnya dicucuri rahmat

#maaf, saat ini aku menangis & x sanggup untuk meneruskannya lg..fikiran x stabil..

Friday, June 1, 2012

June 2012


Today already 1st June 2012... Just a few days left for me to make a preparation before entering into new environment in my new office. Located at Bukit Damansara, my new office will make me wake up early than before because I have to take LRT & bus to arrive there.

X best betul speaking ni… but I have to practice coz practice make perfect! Da la kne speaking nnt.. aiyoo!! Mati lorhh!! Bkn xleh speaking, leh je tp cm cuak gak la sbb da lme giler x speaking in full.. kje ofis lme speaking pn takat ms deal ngn client n bos je.. Others mmg speak malay la.. bahasa jiwa bangsa..

Berakhir suda kje aku sebagai assistant auditor… pasni akan kje jd assistant accountant… sblm ni asyik audit kje yg accountant buat jek, pasni auditor lak audit kje yg aku buat.. naseb la auditor yg malang tu.. hahahaha

Bkn sng kje auditor ni sebenarnya… walaupun katenye gaji kje professional ni tggi, tp hakikatnya gaji tggi kalau belajar tggi, pengalaman byk n kje kt firm yg besar. Klu kje kt firm yg sederhana, gaji pun ciput je la.. mmg xkan dpt la gaji yg sedap.. huhuhu

Xpe, duit bkn la segalanya dlm dunia ni kan… kebahagiaan xleh beli duit, tp dgn duit org leh hidup bahagia... cmno tu? Hahaha… fikir la sndri ek.. chow! 

Tuesday, April 24, 2012

A.K.U


Aku x fhm npe org suka memandang rendah pd aku.. org xkan fhm npe hati aku memberontak.. org xkn fhm ape yg aku rs.. cita2 aku yg x kesampaian tu bkn sbb aku x mampu, tp x dpt restu.. aku x pernah lg gi temuduga utk cita2 aku yg sbnr.. knp org nk menidakkan ape yg aku rs? Salah ke aku bercita2 nak jadi tentera? Tu mmg impian aku dr kecik..impian yg pasti akan jd 1 kenyataan nnt..

Aku yakin aku pasti akan berjaya menggenggam ape yg aku impikan selama ini.. aku x kisah org nak ckp aku ni kurus kering ke, keding ke, tiang lampu ke, aku mmg sgt x kisah sbb bkn aku yg nk dlahirkan begini.. aku hanya menerima ape yg tlah ditetapkan ALLAH tau ape yg DIA lakukan pd setiap hambanya.. dan aku sbg hambanya hanya mampu menerima sgala ape yg tlh dtetapkan olehNYA..

Aku x fhm knp org suka memandang rendah dgn kemampuan org lain.. slagi x nmpk hasilnya, jgn pernah berkata ape.. jgn skali bruk sangka..manusia hanya mampu utk menilai ape yg berlaku, bkn menilai ape yg blm berlaku..ape yg belum terjadi hanya dpt dfikirkan dan dipertimbangkan sahaja.. bkn membuat keputusan tnpa melihatnya..

Aku akan meneruskan perjuangan aku utk capai ape yg aku impikan sbb aku adalah aku.. aku bkn kamu, aku bkn dia dan aku bkn sesiapa.. aku tetap aku selamanya tanpa pengaruh dari kamu atau dia.. SELAMANYA AKU ADALAH AKU YG AKAN TERUS MENJADI SEORANG AKU!!!

Monday, April 2, 2012

kursus kahwin

Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar.. sijil kursus kahwin telahpun dikeluarkan oleh pihak JAKIM..
cuma calonnye masih belum dipertemukan..

adakah aku akan menjadi pelengkap kepada tulang rusukmu?
YA ALLAH, sekiranya dia diciptakan untukku, dekatkanlah hatiku dengan hatinya.. sekiranya dia bukan jodohku, jauhkan lah hati kami.. Aminnn....


Sunday, April 1, 2012

Movie Marathon

Assalamualaikum..
3 minggu berturut-turut da menghabiskan duit di panggung wayang. gara2 cerita yg menarik minat untuk menonton, so mmg x dpt nak elak da la.. (alasan baek punye)

start with 7 Petala Cinta on 17 March 2012 at GSC Berjaya Times Square..
cerita yang menarik, sambil menonton bole selawat & zikir skali.. so x rasa rugi sangat la menonton..



followed by Jidin Sengal on 25 March 2012 at TGV Wangsa Walk..
cerita yg sgt comel + kelakar.. mmg x rugi pun menonton filem ni..


last movie Jangan Pandang Pandang on 30 March 2012 again at GSC Berjaya Times Square..
jalan cerita yg lain dari cerita2 yg da ade kat Malaysia ni.. sgt enjoy!!


coming soon, 3 Temujanji.. insyaallah on 7 April 2012..location still not decide yet..
kalau nak tgok same2 p0wn bole tp bay0 sndri2 ek.. nnt r0ger2 la klu nk tgok k..


So, conclusion yg boleh sy bg ialah, marilah kita rakyat Malaysia menyokong karya tempatan.. x rugi duit pun tgok cite Malaysia ni.. tanpa sokongan peminat, ssh la penerbit nak buat movie yg best2..
See ya in next update.. chow!!

Friday, March 16, 2012

Dari Hati Ini


Sekeras mn pn hati ini, airmata pasti akan jatuh ke bumi..
Sekuat mn pun dri ini, pasti ada ujian yg perlu dhadapi..
Setabah mn pun diri ini, pasti ada kesakitan di hati..

Mungkin airmata x jatuh ke bumi..
Tangisan dlm hati x siapa yg ketahui..
Kadang kala hati ini menangis n meratapi akan sesuatu..
Tp x siapa yg tahu krn airmata x mengalir di pipi..
Senyuman di bibir sering terukir walau sakit di hati amat menyakitkan diri..

Andai dapat waktu diundurkan, pasti kesilapan yg lalu dpt diperbetulkan..
Andai waktu dpt ku undurkan, pasti ku penuhi segala kemahuan diri..
Aku x mampu memenuhi keinginanku di masa silam..
Aku hanya mampu menurut kata walau di hati ini memberontak..

Setiap hari aku berfikir sampai bila aku ingin beralah..
Setiap hari aku berfikir bila kemahuanku dapat ku penuhi..
Saban hari hati ini menangis krn kehendak diri di letak di tepi..
Saban hari hati  ini memberontak utk memnuhi hajat dihati..

Namun kini, aku hanya mampu berserah..
Aku hanya mampu untuk redha & pasrah..
Aku percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya..
Aku kuatkan hati, aku tabahkan diri, aku cekalkan semangat dihati..
Aku yakin segalanya pasti akan berubah nanti..
Aku pasti segala yg tersurat kini ada tersiratnya kelak..

Walaupun kejayaan itu sukar utk ku capai kini..
Walaupun kejayaan itu semakin menjauhi..
Walaupun tiada pengubat bagi derita di hati…
Aku akan tetap menjalani hidup yg ku jalani kini..
KEJAYAAN ITU PASTI AKAN KU GENGGAM NANTI!!