Thursday, March 31, 2011

Saya Sedeyh!



Hari ini, aku menangis lagi. Terlalu banyak benda yang buat hati aku tersentuh. Entah mengapa hatiku begitu luluh. Terlalu sensitive pula hari ini. Airmata yang jatuh di pipi kerna aku sudah tidak mampu membendungnya dari terus bergenang di kelopak mataku ini.

Aku menangis kerna rindukan arwah atok. Walaupun tidak pernah menatap wajahnya yang tenang, namun aku tetap merindui dirinya. Terasa dirinya terlalu dekat seakan berada di sisi aku. Mungkin inilah hikmahnya emak meletakkan nama aku hasil pemberian atok yang emak mimpi sebelum melahirkan aku.

Aku juga mewarisi apa yang atok miliki iaitu kurus dan tinggi. Cucu2 atok yang lain masih belum menampakkan ciri2 itu kecuali aku. Mungkin itulah sebabnya aku rasa aku sangat rapat dengan atok walaupun tak pernah langsung tatap wajahnya atau mendapat belaian dari seorang atok.

Sebab lain aku nangis ialah sebab …. Aku sedih sebab diperlakukan sebegitu. Kecewa + terluka – kecik hati = sedih. Tak dapat digambarkan dengan kata2 kesedihan itu, so aku wat la rumusan tapi itu pun tetap tidak dapat menunjukkan kesedihan itu. Kesimpulannya aku sangat5 la sedih. So, aku nangis.

Aku xtau npe aku rasa sangat x kuat. Aku rasa amat lemah since kejadian ‘tu’. Kejadian ‘tu’ xleh la nk gtau sbb agk private. Tapi aku nak jugak tell kat sini bou my true feelings. Blog ni tempat aku luahkan segalanya. Aku rasa lega sebab aku dapat lepaskan apa yang aku rasa n x pendam dlm hati je. Pendam lama2 leh tambah kusut + sakit = jiwa mati.

Lagi 1 aku amat x suke bile org cakap aku ‘kurang ajar’. Aku sangat5 pantang org cakap aku kurang ajar sbb mak aku pun x pernah cakap camtu kat aku. Yg cakap aku kurang ajar ni pulak junior. Lagi la ku xleh nak terima. Kalau org yg lebih tua tu aku leh consider lagi la kn. Ni junior cakap kat aku camtu mmg la kau angin. Klu nk gurau pun agk2 la sket.

Jgn bajet ko tu hebat sgt ek. Jgn smpi tgn aku nek kt pp ko tu. Kang nyesal x sudah. Ni amaran aku! Klu tgn aku dah wt checkpoint kt pp ko tu jgn tny knp. Klu parent ko x pernah wat kt ko cmtu, biar aku wat. Parent aku pun x pernah nak cakap aku kurang ajar ko cakap kt aku cmtu lak kn. So, adil la kn. Ko mmg layak utk itu!

Sekian sahaja coretan hati saya untuk hari ini. Terima kasih pada yg sudi baca. Pada yg x bce tu, ikut rs hati la nk bce ke x ek. Tp klu dah bce ni maknanya dah bce abis da post hari ini.  :)

~ ~ TAMAT ~ ~

Tuesday, March 29, 2011

Senyum :)


Kita x perlu menangis bila sedih. Kita x perlu ketawa bila gembira. Kita x perlu bahagia utk mengukir senyuman. Kita cume perlu jujur utk melahirkan perasaan kita. X ssh nk ssh, x sng nk sng. Sng je nk ssh tp ssh nk sng. Fhm x? klu x fhm tu bce la smpi fhm ye. Klu x fhm2 jgk mknenye mmg jenis yg x fhm bahasa!

Kdg2 org xtau bila kita sedih, bila kita gembira. Org x perlu tau perasaan kita ni. Perasaan bukan mainan yang boleh diganti dgn ape pun. Keikhlasan & kejujuran hati menyerlahkan perasaan yang kita hadapi. Kita mampu tersenyum  tika sedih, kita mampu menangis bila gembira. Kita boleh mengenang detik manis dalam kehidupan tp kepahitan dlm kehidupan amat sukar utk drasai & diulangi krn kita bisa menitiskan airmata.

Bila kita melihat org tersenyum, pasti kita fikir dia sdg bahagia. Bila kita melihat org menangis, pasti kita kata dia sedih. Kita hanya mampu melihat tp x mmpu utk merasai apa yg org lain rasai. Perasaan kita xkn sama dgn org lain. Apa yg penting ialah kita senyum sepanjang masa utk menyembunyikan perasaan sebenar yang dihadapi.

Monday, March 28, 2011

Ape yg Terlintas di Fikiran...


Assalamualaikum.

Bulan 3 da nk abis. Bulan 4 menjadi pengganti. Org len da sibuk2 nk cri kj ms cuti sem ni. Tp aku xyh la nk ssh2 cri kj cm org lens bb bos da reservekn tmpt kt aku. As usual S.Y. Kwong, Foong & Co tmpt aku menghabiskan sisa2 cuti sem aku yg ade. 4 bulan d0k umh jek msti boring gler kn. So, kj dpt la jgk duit, leh la jgk shoping2 sket kn. Hehehe

Klu iktkn ati ni mmg xnk kj kt sne, tp utk sementara waktu ni aku g je la bertapa kt sne sementara nk tggu job offer yg len dtg b’golek. Aku tggu kj tau bkn g cri kj. Hahahaha. Sengal sungguh la kn aku ni.

Senior kt ofis pn da mle ttny ble nk masuk kj. Skrg ni xleh la sbb ade klas. Ms cuti sem yg pnjg nnt bole la sbb nme pn cuti yg pnjg. 4 bulan tu. Korg ade? Hahaha. Yg xde tu jgn jeles ek coz UiTM ni kn special sket. Yg pnting exam sem ni mmg sgt la “TERBAIK” antara exam2 yg lepas kn. Mn xnye klu da seari 2 paper skali. X smpi seminggu da abis paper da. Mmg sgt vogue la kn.

Spe2 yg nk kj tu sila la cri sndri ek. Jgn la tanam anggur kt umah je. Duit gaji tu bg kt parent sket pn xpe. Dlm RM50 pn kre ok la dr xde lgsg kn. B’+ rezeki kita klu x kedek ngn org len tau. Cm aku lak mmg dah lumrah mkn besar kt mn2 restoran yg t’pilih klu da gaji. Klu x aku yg bayo, mak @ abg yg bayo. Nk tggu abah mmg jgn harap la.

Stakat duit minyak kete tu mybe abah leh la tlg support kn. Hehehe. Klu s0h blnje mkn tu agk payah sket la nk dpt unless klu abah dpt mmpi @ ms tu mybe abah baik hati nk blnje family mkn besar. Huhuhu. Tp rsnye duit gaji n ink simpan utk beli bju rye. Wrne tema xtau lg n rye ktne pn xtau lg. juz wait n see je la ek. K, got to go. See ya. Bye!!!

Saturday, March 26, 2011

Baca je la..


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
1 > Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. 
2 > Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
3 > Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
4 > Apabila kamu berkata, 'Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
5 > Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
6 > Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
7 > Percayailah cinta pandang pertama.
8 > Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
9 > Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
10 > Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
11 > Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
12 > Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 
13 > Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, 'Kenapa anda ingin tahu?'
14 > Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
15 > Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
16 > Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
17 > Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
18 > Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
19 > Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
20 > Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
21 > Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Monday, March 21, 2011

Selamat Pengantin Baru!!


Assalamualaikum. Apa khabar sume? Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancer & sempurna. Selamat sudah sepupuku menjadi isteri org yg sah. Sorg lg da selamat jadi tunang org. Congrats to both of u my cousy. My turn will be next after u all. Just wait for my time ok! Yg da jadi bini org tu jaga la laki tu elok2 ye. Syurgamu telah berpindah dari ibu ke suami, jadi patuhilah perintah dan kata2 suamimu itu. Jgn sekali2 meninggikan suara tau. Masa korg couple dlu leh la nk wt cmtu. Pasni xleh dah tau.

Walaupun hujan sewaktu majlis semalam, namun tetap juga berjalan lancar. Walaupun pelbagai perkara yg x diingini berlaku, syukur sbb majlis tetap juga telah berjalan dgn jayanya. Skali lagi tahniah ye kepada CT (Kila) & Zahari (Ady).

Di sebalik tabir :
a) Inai di kaki lebih merah dari inai di tangan CT. Inai tangan guna yg asli dari daun, yg kt kaki guna inai instant je. Warna pun x sama & mmg jauh berbeza.
b) Inai corak di tangan hanya menggunakan corak tekap je. Xde spe yg kreatif nak lukis bagi cantik.
c) Berlaku perbalahan antara adik beradik CT akibat salah faham pada malam berinai.
d) CT & pengapitnya (aku) tdo seawal jam 1.30 pagi dan bangun sebelum jam 6.30 pagi pada hari majlis itu. <I need my beauty sleep!! Huhuhu>
e) Mekap CT pada majlis akad nikah merupakan hasil solekan kak Long & kak Nur. Perkhidmatan mak andam tidak digunakan sewaktu majlis akad nikah.
f) CT tidak merasakan debaran sebelum diijab qabulkan sehinggalah selepas memberikan persetujuan untuk bernikah dengan Zahari. <time tu la mula rasa seram sejuk & takut>
g) Selepas sah menjadi suami isteri yang sah, Zahari menitiskan airmata kesyukuran manakala CT tersenyum gembira di dalam bilik.
h) Ct menitiskan airmata apabila ibunya membaca penyerahan tanggungjawab sepenuhnya kepada Zahari.
i) Zahari menangis sepanjang majlis akad nikah. <tangisan kegembiraan & kesyukuran>
j) Solekan sewaktu majlis persandingan mengambil masa yang agak lama dengan solekan yang agak tebal. Solekan mak andam itu wajar dipuji walaupun masa terlalu lama.
k) Kumpulan kompang yg lambat tiba mengakibatkan majlis persandingan lambat bermula dan menjejaskan kelancaran majlis.
l) Pihak lelaki tidak menyediakan duit tol yg mencukupi sehinggakan mereka kehabisan duit tol sebaik sahaja tiba di hadapan pelamin. <kesian!!!>
m) Pertukaran baju untuk makan beradab mengambil masa yang lama menyebabkan kelewatan majlis makan beradab berlangsung.


Sewaktu perjalanan pulang dari Kota Tinggi ke Segamat untuk menghantar aku pulang, aku, mak & abah hampir terlibat dengan accident akibat kecuaian pemandu kereta JJJ 2013 yang memotong secara merbahaya di jalan Jemetah – UiTM Segamat. Alhamdulillah kami semua selamat tiba ke destinasi.

*p/s : nak tgok pic tggu jurugambar x professional upload ye.. ntah ble la dorg tu on9.. huhu