Saturday, February 26, 2011

Another Tears !!


Assalamualaikum. Ketidakadilan sedang berlaku sekarang. Amat jelas dan nyata ianya berlaku pada diriku. Sungguh tak sangka cempedak jadi nangka. Aku akui aku ni bukan anak kesayangan. Jauh sekali menjadi pilihan utama keluargaku. Waima apa sekalipun aku tetap anak mak dan abah. THE ONLY DAUGHTER THAT THEY HAVE.

Hati ini bagaikan ditusuk panah racun berbisa apbila apa yang aku minta yang tidak semahal mana dan menjadi sesuatu yang amat penting buat diriku tidak diperolehi. Bukan aku minta wang RM500, bukan aku minta barangan berharga, aku hanya minta RM5 untuk tambah nilai (topup) je. Tidak sesukar mana untuk dipenuhi. Alasan lupa tiap kali aku meminta sesuatu sudah menjadi sesuatu yang biasa bagiku. Tidak mengapalah kalau lupa, aku mampu membelinya sendiri menggunakan duit yang ada.
Aku bukan Adik yang boleh dipenuhi segala permintaan. Aku bukan Abang yang menjadi pilihan hati Emak. Aku adalah aku yang mengikut gerak hatiku dalam melakukan sesuatu. Aku akui aku terlalu degil dan suka melakukan apa yang aku rasa betul. Orang boleh kata apa yang mereka mahu dan suka tentang diriku tapi aku lebih mengetahui tindakan yang aku lakukan itu.

Mak pernah kata kasih sayang mak pada anak2 mak sama banyak tiada yang lebih tiada yang kurang. Hati ini tidak pandai menipu kan? Perbuatan menggambarkan apa yang lahir dari hati. Apa yang dilakukan tidak setanding dengan apa yang diucapkan. Tidak mengapalah kerana aku bukan seorang yang terlalu mengharapkan kasih sayang yang begitu tinggi. Aku tidak mendambakan perhatian yang akhirnya membuat aku rimas dan lemas.

Whatever happens to me, I’m still being someone that I used to be. I won’t be others or try to be others. I am who I am and I will be like this as long as I’m alive. I won’t change the way of who I am. See you later blogger!

Sunday, February 20, 2011

Berita Gumbira :D


Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi nafas hari ini. Tahniah kepada sepupu aku yang dah nak jadi bini dan tuning orang tak lama lagi. Nasib baik la mereka tinggal berhampiran, senang la aku nak pergi jadi pengapit. Cuti sekolah bulan Mac ni merupakan hari bersejarah mereka. Aku pun tumpang gembira atas kegembiraan mereka itu.

Bercakap tentang tunang dan kahwin ni sebenarnya bukanlah sesuatu yang amat aku gemari. Bukan mudah nak jaga diri apabila sudah menjadi tunangan orang apatah lagi menjadi isteri orang. Tanggungjawab yang akan dipikul itu amatlah besar dan sudah tentu tanggungjawab itu haruslah dilaksanakan dengan baik.

Apabila sepupu yang sebaya aku dah jadi tunangan orang dan akan menjadi isteri orang tak lama lagi, aku pula asyik memikirkan bila giliran aku pula untuk disunting orang. Walau bagaimanapun, aku taknak main tangkap muat je sebab aku nak orang yang betul2 boleh menjaga aku hingga akhir hayat. Bukan cerewet dan terlalu memilih tapi memilih untuk kebaikan tidak mengapakan? Rasanya tak salah pun kalau nak pilih seseorang yang betul2 dirasakan dapat menjaga dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

Buah hati sekarang ni tak layak jadi suami ke? Pasti soalan itu yang bermain di fikiran sekarang ini kan? Buah hati pengarang jantung sekarang ni boleh dan layak jadi suami tapi jodoh tu ketentuan ALLAH kan? Macam2 yang boleh jadi. Oleh sebab itulah lebih baik kata WALLAHUALAM. Aku taknak memilih tapi aku tau ALLAH lebih mengetahui akan segala sesuatu. So, I won’t give up and just let HIM do the job. It’s already written and I will accept it.

Kat bawah ni aku sertakan sekali hadis2 yang aku dapat dari internet. Sharing is caring, so I share what I’ve got. Thanks reader. Keep on following my terrible blog that I wrote what I want that come from my heart. See you in next post! Muahhh!!!


“ Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.”

“Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".”

“Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.  

Wednesday, February 16, 2011

Perjuangan


Assalamualaikum. Semalam merupakan hari cuti umum kerana cuti Maulidur Rasul. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas kebesarannya. Alhamdulillah lidah ini masih mampu menuturkan baris2 kesyukuran yang tidak terhingga dan hati ini masih mampu menghayati kisah menyayat hati iaitu pengorbanan BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Malam semalam bagaikan ada sesuatu yang menggerakkan hati untuk mendengar IKIM FM. Kebiasaannya waktu itu mendengar SINAR FM untuk melayan lagu retro tetapi sebaliknya yang berlaku. Rupa2nya ada sesuatu yang amat menarik di siaran IKIM FM itu iaitu slot Remaja. Tidak tahu hendak terangkan bagaimana tetapi slot itu berkaitan dengan ramaja zaman kini yang sering mengikuti gaya hidup masa kini ataupun ‘up-to-date’ katanya.

Ceramah yang tidak lama itu sangat menarik isinya dan rasanya tidak pernah sekali diri iini begitu tekun mendengar ceramah sambil mencatit sesuatu. Setiap kali medengar ceramah dalam keadaan terpaksa, pasti diri ini akan tidur ataupun tidak akan menumpukan sepenuh perhatian pada ceramah yang disampaikan oleh penceramah itu. Pendek kata, buang air liur sahaja penceramah itu sekiranya diri ini ada di majlis itu.

Kembali ke cerita atau kisah yang ingin disampaikan, slot itu menceritakan tentang remaja dan kesalahan yang dilakukan oleh remaja masa kini iaitu menjadikan artis sebagai idola. Sebagai umat ISLAM, kita seharusnya menjadikan RASULULLAH S.A.W sebagai idola kita. Memang pada zahirnya kita tidak nampak akan diri Baginda tetapi kita mengetahui kehebatan Baginda melalui sirah yang pernah kita baca dan pelajari di sekolah dahulu.

Hati yang keras umpama batu ini mampu menangis apabila mendengar pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan ajaran Islam. Betapa suci dan besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Rasulullah yang tidak mampu kita lakukan pada masa ini. Sesungguhnya Baginda tiada pengganti dan akan tetap bersemadi di hati ini.

Perjuangan dan kisah Rasulullah ini tidak seharusnya dilakukan pada Majlis sambutan Maulidur Rasul sahaja tetapi perlu dilakukan setiap hari. Pihak media perlu memainkan peranan penting untuk menyebarkan kisah Rasulullah s.a.w dan ibubapa juga perlu memainkan peranan dalam membentuk akhlak anak2. Cerita2 dongeng yang diceritakan sebelum tidur perlu ditukar dengan kisah Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menyalahkan remaja dan belia sekiranya mereka tidak menghayati dan sedar akan kehebatan serta keagungan Rasulullah s.a.w. Inilah sebahagian dari isi kandungan ceramah itu. Tidak banyak yang dapat diulas dari ceramah itu walaupun isinya menarik. Apa yang penting untuk disampaikan telahpun disampaikan. Diri ini tidak pandai untuk mengulas apatah lagi memberikan komen terhadap ceramah itu. Apa yang termampu dan terbaik sahaja yang dapat dilakukan.

Tiada niat mahu mengguris hati mana2 pihak tetapi hanya mahu menceritakan dan meringkaskan isi kandungan ceramah dari slot itu sahaja. Sekian, terima kasih.

# segala kesalahan yang dilakukan itu datangnya dari diri yang lemah ini dan kebaikan itu datang dari ALLAH s.w.t. #

Wednesday, February 9, 2011

Cuaca


Assalamualaikum. Alhamdulillah masih ada kesempatan dan ruang untuk menulis apa yang terbuku dihati ini. Cuaca di kawasan Segamat waktu ini panas terik. Bahang panas pun amat dirasai walaupun waktu malam menjelma. Alhamdulillah kerana cuaca panas ini amat diharap oleh penduduk tempatan yang menjadi mangsa banjir agar air dapat surut dengan secepat yang mungkin.

Sudah menjadi lumrah manusia yang tidak tahu hendak bersyukur dengan apa yang telah diberikan olehNYA. Cuaca panas ini mendapat bebelan segelintir pihak yang tidak tahan panas. Subhanallah! Seharusnya kita bersyukur dengan cuaca ini dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Seharusnya kita memikirkan orang lain yang memerlukan cuaca panas ini. ALLAH MAHA ADIL!

Allah memberikan kita cuaca yang cukup sempurna. Panas, mendung dan hujan. Cuaca memainkan peranan penting dalam kehidupan. Cuba kita bayangkan sekiranya cucaca hujan sepanjang hari. Pastinya kita akan mengeluh kerana bimbang akan mengidap demam panas. Apabila cuaca panas pula akan bising kepanasan di dunia yang fana ini.

Panas di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan tidaklah sepanas mana berbanding panas API NERAKA. Niat hati bukan mahu memberi ceramah percuma sekadar mahu menegur sahabat-sahabat dan pembaca yang ada di sini. Niat hati juga bukan mahu menunjuk kehebatan diri ini ataupun kesolehan diri ini. Diri ini hanyalah insan biasa yang juga melakukan salah dan tidak terlepas dari dosa yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Coretan ini dihasilkan selepas salah seorang sahabat saya yang tidak memakai tudung ataupun “free hair”, A, bertanyakan kepada sahabat kami yang memakai tudung labuh, B, satu soalan cepumas. “B, tak panas ke pakai tudung labuh tu? A yang tengok ni pun rasa panas tau. Kalau pakai tudung tu waktu panas terik camni lagi la panas tau.” Lantas B membalas persoalan A “ tak panas pun.”

Saya yang mendengar persoalan itu amat terkejut dengan persoalan yang dilemparkan oleh si A ni.Subhanallah! Bisik hati kecil saya. Coretan yang dicoretkan di sini pada hari ini juga ditujukan kepada A supaya beliau bersyukur dengan cuaca di sini. Wallahualam!

Tuesday, February 8, 2011

Banjir & Mesir


Entah mengapa saya ingin membiacarakan isu semasa yang berlaku dikala ini. Sekarang ini orang sibuk membicarakan isu banjir dan juga menyelamatkan pelajar Malaysia yang berada di Mesir. Isu ini memang menjadi bualan hangat setiap akhbar yang ada di Malaysia waktu ini. Banjir di kawasan selatan tanah air merupakan banjir yang teruk selepas tahun 2006. Banjir tahun ini walaupun sudah bersedia di kalangan penduduk tempatan untuk menenpuhi banjir itu, namun tetap juga menjadi banjir terburuk. Sehingga kini, kesan banjir masih kelihatan walaupun sudah seminggu berlalu.
Cerita yang di dengar dari orang Segamat sendiri, banjir kali ini berlaku dengan amat pantas. Walau bagaimanapun, persediaan rapi untuk menghadapi banjir juga telah dilakukan lebih awal untuk mengelakkan harta benda musnah. Kesan banjir juga masih boleh dilihat sekiranya berjalan di sekitar kawasan Segamat ini dengan bau yang kurang enak akibat pembawaan banjir.
Menurut emak, rumah yang berada di Pagoh, Muar juga hampir dimasuki air. Alhamdulillah air tidak masuk ke dalam rumah cuma kawasan sahaja yang ditenggelami air. Info ini diperoleh dari atuk yang tinggal di sana. Amatlah diharap banjir akan surut dengan segera untuk memudahkan penduduk tempatan memulakan aktiviti mereka seperti sediakala.
Sewaktu Malaysia sedang hangat membincangkan isu banjir di selatan tanah air, kita dikejutkan dengan berita krisis di Mesir dan keselamatan pelajar Malaysia di sana. Pelbagai perasaan bermain di dalam jiwa ini. Perasaan marah membuak-buak apabila kedutaan Malaysia di sana tidak menjalankan tugas dengan baik. Seharusnya kedutaan Malaysia mengambil berat akan permasalahan ini bukannya mendiamkan diri di sana untuk menyelamatkan diri sendiri.
Sedih juga rasa hati bila keselamatan pelajar-pelajar Malaysia terancam umpama telur di hujung tanduk sehinggakan ada yang tidur bersama pisau dan pemedih mata untuk mempertahankan diri sendiri. Pemberontakan yang berlaku di Mesir oleh rakyat tempatan yang mahu Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai presiden dan dikecam hebat oleh presiden Negara maju yang lain.
Alhamdulillah, tindakan pantas kerajaan Malaysia menghantar bantuan untuk menyelamatkan pelajar Malaysia wajar dipuji walaupun setelah keselamatan pelajar Malaysia berada ditahap yang sudah terlalu bahaya. Keputusan dibuat selepas seorang pelajar Malaysia cedera akibat ditembak peluru getah pada mukanya kerana disangkakan pemberontak.
Apa yang boleh disimpulkan dari isu ini ialah walau dimana jua kita berada, keselamatan kita harus dijaga. Di dalam mahupun luar Negara. Sama-samalah kita berdoa agar tiada perkara buruk yang akan menimpa kita, jika adapun itu adalah ketentuan YANG MAHA ESA yang mahu menguji kesabaran kita. Wallahualam.