Friday, July 14, 2017

Akibat Melantik Kontraktor Tidak Bertauliah

Assalamualaikum. lama terbiar blog ni atas sebab2 tertentu.

Kali ni hakak nak story pasal kontraktor tidak bertauliah. haaaa! sakit pulak hati kita ni.
Ok, citenye cenggini. Abah suruh sorang hamba Allah ni merangkap abang ipar hakak la renovate rumah yg hakak duduk ni. takat pecahkan dapo basah dgn dapo kering je. abah nk bg rata xnk ada gap sbb ada budak kecik abah takut jatuh ke apa nanti.

Ok, kerja bermula dari bulan puasa tapi sampai ke harini x siap lagi. There's a reason why still incomplete. Because he came late around 12 - 2 pm. If he came early, he will go back around 2 @ 3 pm.  Memang dia buat suka hati dia je. Bila kita tegur, dia boleh jawab "Haaa! Sapa suruh bapak kau amik aku kerja. Kau tanggung laa"

Bole dia jawab gitu. Rasa ringan je tangan ni nak lempang lelaju mulut tu. Kau sedar x bapak aku bagi kau duit makan? Kau sedar ke tak? Kau mana reti nak sedar sebab kau tak reti nak bersyukur. Sebab tu jugak la kau x boleh kerja dengan orang lain sebab perangai kau yg ikut kepala kau yg suka hati kau je nak kerja pukul berapa nak balik pukul berapa bila nak cuti.

Abah kalau boleh nak bagi income kt kau dari kau duduk termenung membesarkan telo je pastu isteri kau yg tanggung kau. Tu yg kau x sedar kan. Meh aku sedarkan sikit. Otak tu tolong jangan simpan je buat pekasam. Ok, sekian cerita dari hakak yg panas

Monday, November 28, 2016

Rancangan Realiti/Hiburan

Assalamualaikum

Aku ni penonton setia Gegar Vaganza. Dari GV 1 lagi dok tengok sebab dapat dengar lagu2 lama yg dipertandingkan. Aku ni jenis yg akan tengok je tanpa menyokong mana artis sekalipun sebab aku support semua.

Aku sangat tidak faham apabila org dok mengata artis tu x bagus & x sedap tapi masih kekal. Masalah lagu pun sama jugak sampai orang pertikaikan nape org tu dapat lagu sendiri, nape org tu dapat lagu senang je, nape itu nape ini. Aku ni bersyukur sangat sebab GV ni markah 100% dari JURI PROFESIONAL tanpa melibatkan mana2 campur tangan undian penonton. Aku sangat FAHAM konsep pertandingan ni yang mana aku sangat sokong, bahagia dan gembira.

Artis yg terkeluar dan yg masih tinggal tu rezeki masing2. Kenapa la nak pertikaikan rezeki yg ALLAH dah bagi. Aku tak rasa perlu fanatik sangat menyokong mana2 artis sekalipun. Kalau nak sokong pun x perlu mengata org lain. KENA FAHAM KONSEP & ADAT PERTANDINGAN.

Tak perlu mengutuk, mengata, memfitnah, mencaci, memaki orang lain. Kita semua manusia biasa sahaja yg sangat tidak sempurna serba serbi. Jadi mengapa perlu mengata orang? Sedihnya aku tengok komen yg penuh unsur fitnah, mengata, mengutuk ni. Itu aku yg baca, bayangkan artis lain yg baca komen tu. Apa perasaan dorg? Kebiasaannya jari ni terlebih laju dari otak yg berfikir. Jadi, aku pesan pada yg membaca ni, fikir dulu sebelum menaip. Jangan taip dulu baru nak fikir.

Tengok je sudah, x perlu mempertikaikan setiap rezeki orang lain. Aku x tuju pada sesiapa pun so sape makan cili tu rasa la pedas hangat berapi yek. Sekian, wasalam.



Tuesday, November 22, 2016

Keguguran Trimester Kedua

Pejam celik, pejam celik, setahun sudah berlalu. Setahun sudah pemergian anaknda puteri tercinta saat usia kandungan hampir 20 minggu. Sayu dalam hati hanya Allah yg mengerti. Kehilangan kali pertama pada usia 17 minggu di bulan Februari 2015 memberi satu kekuatan dari sisi yang lain pada diri ini. Kehilangan kali kedua pada November 2015 menambah lagi kekuatan itu. Benarlah Allah menguji apa yang mampu ditanggung oleh hambanya.

Alhamdulillah, aku bersyukur pada Yang Esa diatas anugerah yang tidak terhingga itu. Sedih terasa di jiwa, lemah terasa di minda, kelu lidah untuk berbicara. Ujian yang diberikan memberi kekuatan yang tidak ada insan lain ketahui. Kekuatan dari segi mental yang dibina atas setiap ujian yang diterima.

Keguguran pada trimester kedua adalah sesuatu yang jarang berlaku. Bagi aku yang kehilangan 2 insan pada trimester kedua pada tahun yang sama mendapat perhatian doktor yang merawat. Pelbagai teori keluar yang dikatakan oleh org lain sebagai punca dan penyebab keguguran. Pada aku sendiri, itu bukan rezeki aku untuk mendapat cahaya mata dalam masa terdekat. Ada hikmah di sebalik semua ini.

Pada yang baru mengandung tu, jaga lah kandungan sebaik mungkin. Pada yang baru saja keguguran, jangan bersedih diatas kehilangan. InsyaAllah rezeki lain akan tiba dulu. Berserah dan berdoalah pada Yang Maha Esa.

La Tahzan. Innallaha Ma'ana



Friday, November 18, 2016

Be PROFESIONAL

Mengangkat berat bukanlah punca utama keguguran. Tak semua orang itu dikurniakan rezeki yg sama. Kenapa perlu menyalahkan angkat benda berat sebagai punca keguguran? Terdapat pelbagai faktor lain penyebab keguguran.

Masalah peribadi jangan dicampur adukkan dengan kerja. Sangat tidak professional ok. Aku sangat x respek org yg campur aduk masalah peribadi dengan hal kerja. Ko ada masalah dgn org tu x perlu la heret org lain sama dalam hal ko dgn dia.

Ye, aku faham ko kecik hati sebab ko x naik jadi Head Accounting ni, tapi aku bersyukur ko xnaik sebab ko bukan nak kisah hal org bawahan ko lagi kan. Ko sekarang ni fikir diri ko je kan. Ade ko kisah org bawahan berhempas pulas nak siapkan kerja nak kejar deadline? Ko hanya tau kerja siap & submit on time. Ko bole pulak gi bercuti oversea kan. K fine!!

Sebab tu bos bagi org lain yg naik jadi Head sebab Nampak potensi org tu. Org tu pun pandai nak kawal emosi & jadi professional. Org tu pandai bezakan masalah kerja & peribadi bukan campur aduk mcm ape yg ko buat. Ko buat cmtu, org bawahan ko jadi mangsa. Ada ko fikir?


Tolong lah ye, jadi professional & open minded sket. Jangan narrow minded sgt! 

Monday, August 15, 2016

Tips Penjagaan Kucing

Assalamualaikum

Hari ni rasa nak kongsi sikit tips penjagaan kucing. Pengalaman tidaklah seberapa banyak tapi tetap jugak nak kongsi untuk insan yang baru berkecimpung dalam dunia kucing. Kesedaran mengenai haiwan peliharaan yang comel ni semakin meningkat. Ada yang memang minat kucing secara semulajadi, ada juga yang minat kucing kerana mengikut trend terkini. Terpulang kepada individu itu sendiri.

Diri ini sendiri bukan jenis yang minat kucing sejak kecil kerana tidak dibiasakan dengan kucing akibat dari ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan. Diri ini juga mempunyai masalah kulit, seboleh mungkin dielakkan dari kucing sewaktu kecil. Suami pula memang sudah terbiasa dengan kucing sejak kecil lagi. Ada kucing yang manja sehingga boleh dipeluk untuk tidur bersama dengannya. Disebabkan minat suami inilah yang mendorong diri ini untuk membiasakan diri dengan kucing. Cuma ada masa terpaksa menjauhkan diri kerana masalah kulit yang sensitif.

Dari seekor kucing yang dibela, seekor diberi oleh orang lain, kini telah ada 11 ekor kucing hasil pembiakan. Setiap bulan tidak lepas dari membeli keperluan mereka. Alhamdulillah, setakat ini sentiasa ada rezeki untuk si comel yang tersayang. InsyaAllah akan sentiasa ada rezeki untuk mereka. Apa yang penting keikhlasan menjaga bukan hanya sekadar memikirkan keuntungan semata.

Apa yang diperlukan untuk penjagaan si comel?
     1)   Makanan yang berkualiti tinggi
Makanan yang berwarna sebaik seperti produk Whis, Fris & SmaHea sebaiknya dielakkan. Makanan berwarna boleh mengakibatkan masalah kesihatan pada kucing. Harga makanan yang berkualiti ni setanding dengan kualiti makanan. Memang bukan murah seperti makanan berwarna tetapi amat baik untuk kesihatan kucing. Kalau benar sayangkan haiwan kesayangan Rasullullah s.a.w, kenapa perlu berkira? InsyaAllah, kucing ini akan mendoakan tuannya murah rezeki.

     2)   Tempat tinggal yang selesa
Berikan tempat tinggal yang selesa buat si comel. Sekiranya dikurung dalam sangkar, pastikan segala keperluan untuk proses perkembangannya dipenuhi. Jangan dikurung dalam ruangan yang sempit. Si comel juga berhak mendapatkan tempat tinggal yang selesa sepertimana kita juga mahukan tempat tinggal yang selesa. Pernah juga saya melihat kucing dewasa lebih kurang 6 ke 7 ekor diletakkan dalam bilik air. Ruangnya sangat kecil sehinggakan si comel tersebut terpaksa berhimpit. Tiada ruang untuk mereka bermain. Saya memilih untuk tidak mengurung kucing di dalam sangkar kecuali atas sebab-sebab yang tertentu dan terpaksa melakukannya. Semua dibiarkan bebas bermain di dalam rumah agar si comel selesa.

     3)   Vaksin
Jangan terkejut. Si comel juga memerlukan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit. Saya bukan anti vaksin. Kucing digalakkan untuk mengambil vaksin bagi mencegah dari penyakit yang berjangkit. Kucing hendaklah bebas dari sebarang penyakit pada hari vaksinasi. Ada sesetengah kucing akan menjadi terlajak hyper setelah divaksin, dan ada juga kucing yg akan menjadi lesu dan lemah seketika. Sekiranya kucing tidak sihat dalam tempoh 2 minggu selepas divaksin, sila bawa si bulus ke klinik semula untuk mendapatkan rawatan lanjut.

     4)   Ubat kutu & cacing
Ubat kutu dan cacing juga penting untuk si comel supaya menjadi sihat dan lincah. Sekiranya kutu memenuhi badan si comel, ia akan melemahkan badan kucing kita. Badan kucing juga akan menjadi kurus kerana kutu dan cacing mengambil segala khasiat makanan yang dimakan oleh kucing. Berdasarkan pengalaman sendiri merawat anak kucing yang dipenuhi cacing dalam badan dan kutu, kucing tersebut menjadi sangat kurus sehingga menampakkan tulang sahaja. Amat berbeza dengan anak kucing yang lain. Selepas dua minggu diberikan ubat kutu dan cacing, barulah badan anak kucing itu menjadi sihat seperti adik beradik yang lain.


Harus diakui membela kucing memerlukan modal yang amat tinggi. Semuanya bergantung kepada kemampuan kita dan janganlah sampai membebankan diri sendiri mahupun orang lain hanya kerana ketidakmampuan berbelanja untuk kucing. Jangan hanya kerana mengejar pahala tetapi akhirnya mendapat dosa.